Saturday, November 19, 2011

Ujian itu tanda Allah sayang

in the name of Allah the most gracious and the most merciful
Assalamualaikum,,

Subhanallah,alhamdulilah,allahuakbar..
Manusia dan ujian memang tidak dapat dipisahkan..selari dengan ayat dalam surah Al-Baqarah apabila Allah menyatakan
"Allah tidak memberi kesusahan kepada hamba melainkan apa yang terdaya oleh hambanya"
[Al-Baqarah-ayat : 233]

Dan hari ini Allah telah menguji aku dengan sedikit kesakitan..Aku tersedar seawal jam 5.30 pagi..dan aku rasa pipi aku kebas,hidung aku pedih dan begitu juga dengan bibirku..
Cepat-cepat aku melangkah menghampiri cermin..Subhanallah,,terkejut bukan kepalang bila melihat wajahku di cermin..
pipi dan bibirku bengkak seakan-akan baru lepas bertumbuk..aku sentuh bibirku perlahan,,ahh,,pedih sekali

aku terdiam seketika,,terasa mahu menangis..ketika itu aku sendirian di bilik,,roommate ku tidur di bilik rakannya semalam..aku tidak tentu arah..mahu mengadu kepada siapa aku tidak tahu..

10.30 pagi
Alhamdulillah,,bengkak dipipi mulai surut..namun,pedih di bibir  dan hidung masih terasa,..

12.30 tengah hari
pipi masih bengkak namun tidak seperti awal pagi tadi..aku sentuh bibirku,,masih pedih 
dan aku dapat rasakan biji halus tumbuh disekitar bibirku..
dan saat itu aku yakin ini semua gara-gara terkena gigitan charlie


INFO : Ini adalah sedikit info tentang binatang bernama "charlie"..saiz kurang 1 cm, badan warna kuning kemerahan gelap manakala bahagian atas,bawah dan kepala warna gelap.bahagian tegah abdomen berwarna hijau tua mempunyai sepasang sayap keras dikenali sbgai "elitron". selalunya charlie ni kelihatan merangkak dengan pantas di sekeliling dgn menyembunyikan sayap dan sekali pandang menyerupai semut. cecair hemolimf yang terdapat di dlm badan (kecuali sayap) charlie mempunyai toksin sentuh  haiwan yg paling berbisa di dunia. toksin ini dikenali sebagai "pederin" (C24, H43, O9 N) dinamakan dlm tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi dari venom ular tedung. Persentuhan dengan charlie semasa bergerak atau tidur, menghancurkan pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai "dermatitis linearis", "whiplash dermatitis" atau sebagainya. 

info kat atas tu aku dapat daripada Encik Google
dan aku ada la baca serba sedikit tentang kesan akibat gigitan "charlie"..
                "Gigitan charlie ni jika sentuh atau di usik akan meninggalkan kesan parut.."
Ya Allah takutnya..dah la aku kena gigit kat muka..

Aku takut sebenarnya bila aku dengar yang gigitan charlie akan meninggalkan kesan parut, tambahan pula, gigitan yang aku dapat ni  kena dekat muka..tapi apa-apa pun aku kena positif..InsyaAllah segala nya akan kembali seperti sedia kala..Aku tak boleh sedih dengan ujian kecil macam ni..Aku kena yakin yang setiap ujian yang Allah berikan pada aku ini pasti ada hikmahnya, mungkin juga ujian ni adalah satu kifarah dosa yang telah aku lakukan..
Nota:
1. Kawan-kawan doakan supaya aku cepat sembuh,,dan wajah aku kembali normal seperti sedia kala..
2. Saat aku menulis entri ni,,bengkak di pipi masih ada dan bibir pulak rasa pedih dan gatal semacam..
3.Ya Allah tanamkan lah sifat sabar dalam diriku ketika menghadapi ujian-Mu ini Ya Allah..aminn..=D


0 comments:

Post a Comment