Thursday, November 10, 2011

Aku dan Mikroekonomi (Part IV)

5 minit kemudian
Nama peserta yang ke tujuh belas dipanggil,tika itu jantung aku berdegup pantas sekali..Aku perasan ada sepasang mata yang sedang memandang kearahku..aku buat-buat tidak tahu..tangan ku sudah menggeletar, kebetulan Miss Syira ada,aku beritahu dia yang aku tengah gemuruh saat itu..Dia bagi aku sedikit tip dan beritahu supaya bertenang..

Aku dah mati akal macam mana hilangkan gemuruh ni last sekali aku berdiri dan buat excercise sikit,dan aku perasan yang sepasang mata tadi masih ralit memerhatiku mungkin pelik dengan tingkah laku ku tika itu.bila dah gemuruh, aku dah tak kisah dah dengan orang lain..sampai Miss Syira pun menggeleng-geleng kan kepala sambil tergelak tengok gelagat aku time tu..Entah la,,lucu barangkali..

nama peserta ke lapan belas dipanggil dan seterusnya namaku,tapi aku tidak perasan kerana terlalu asyik melayan rasa gemuruh..tiba-tiba sepasang mata yang tadi ralit memandangku bersuara..dan aku memandang kearahnya
``Awak,,giliran awak sekarang ni"..beritahu dia

ha,,,giliran aku..alamak berdebarnya...
aku kedepan untuk memilih tajuk untuk bercakap sebentar lagi..dan tajuk yang aku dapat ialah Family History..Alhamdulillah,banyak sahaja idea yang datang tika itu..aku bersedia melangkah keluar dari bilik kuarantin dengan doa supaya Allah mempermudahkan segala urusan ku..

Semasa keluar dari bilik kuarantin,ada seorang pensyarah cakap dekat aku, "awak tunggu dulu,sebab peserta tadi tak siap lagi,,sekarang awak boleh la practice lagi sementara tu giliran awak tu " dan aku hanya mengganguk mendengar arahannya..sempat la aku practice kat luar tu kejap, aku ni bila dah bercakap memang tak sah kalau tangan tak terangkat..

"Sister,,sekarang awak boleh masuk ke dalam dewan" kedengaran suara pensyarah tadi dari arah belakang menyuruh aku masuk ke dalam dewan..dan aku toleh ke belakang,,dan sedikit terkejut sebab “dia” yang duk pandang aku kat dalam bilik kuarantin  pun ada kat luar..dan dia still pandang aku,,tak habis fikir aku,,kenapa la dengan "dia" tu..

"Awak ni pulak nak kemana,,dari tadi lagi duk kat sini,giliran awak ke kejap lagi ke?" tanya pensyarah tadi kepada "dia"..
"dia" menggeleng dan jawab,
"giliran saya lambat lagi.."
"Oh,,kalau macam tu pergi la duduk kat dalam dulu" arah pensyarah itu kepadanya..
sempat lagi aku mencuri dengar perbualan mereka..what?? jadi dia tengok la time aku tengah practice tadi..alamak malunya,,siap dengan tangan terangkat segala bagai..aduh,,malu,,malu..

Dalam dewan..

Aku duduk atas kerusi yang betul-betul bersebelahan dengan pintu dewan,sementara menunggu peserta yang  ke lapan belas menghabiskan ayat terakhir..dan kebetulan Abang Hassani duduk bersebelahan dengan aku..dia merupakan MC pada hari itu..sempat lagi dia bertanya kepadaku,,dari jabatan mana dan asal dari mana,dan dia juga sempat  menasihati aku supaya buat yang terbaik sekejap lagi..Abang Hassani merupakan pengerusi MPP di Politeknikku..agak teruja dapat bercakap dengan dia.. Ye la,,pengerusi MPP tu..

Setelah itu Abang Hassani bangun,,dan menyebut namaku dan tajuk yang aku dapat untuk berucap sekejap lagi..setelah itu aku melangkah kehadapan dengan penuh doa dan harapan..

Selesai sahaja memberi ucapan,,aku rasa lega yang teramat kerana satu bebanan telah hilang..jujur aku katakan yang aku tidak meletakkan sebarang harapan untuk mendapat sebarang tempat dalam pertandingan tu..lagipun peserta pada hari tu,hebat-hebat belaka..dan ini merupakan percubaan pertama aku dalam pertandingan pengucapan awam...

Jam menghampiri pukul 1.00 tengah hari
Tiba lah masa yang ditunggu-tunggukan,,nama pemenang diumumkan..
Dimulakan dengan tempat ketiga..dan pemenangnya adalah budak dari kelas eletrik, lupa siapa namanya..
Saat itu aku tidak meletakkan sebarang harapan lagi untuk menang..

Dan nama pemenang tempat kedua diumumkan,,
 “Nur Syamilah Binti Mohd Noor,dari kelas Dat 1D”
Mulut aku sedikit ternganga,eh,,betul ke ni?? Kawan aku yang budak JB tu berpaling kearahku,,betul la,nama awak tu..

Pemenang pengucapan awam pada hari tu ialah Atikah Waheeda,dia pernah mewakili sekolah nya dalam pertandingan yang sama sehingga ke peringkat kebangsaan..kemenangan nya memang sudah dijangka..kerana dia sudah berpengalaman dalam pertandingan sebegini..Tahniah Micha..Micha dan Atikah Waheeda adalah orang yang sama..kat politeknik ni,,orang panggil dia dengan gelaran Micha..aku pun tak tahu macam mana gelaran tu boleh keluar..

Alhamdulillah,walaupun aku tak mampu nak buat yang terbaik semasa presentation mikroekonomi baru-baru  ni,,tapi alhamdulillah hari ni aku aku telah mencuba dengan sedaya- upaya untuk buat yang terbaik demi rakan-rakan,Miss Syira dan tentulah untuk keluarga ku..

0 comments:

Post a Comment