Thursday, November 10, 2011

Aku dan Mikroekonomi (Part II)

tiba-tiba aku terpandang telekung sembahyang yang terlipat kemas diatas meja study,,lekas aku berlari ke arah tandas untuk mengambil wuduk..

“Ya Allah Syamilah,,macam mana lah kau boleh lupa,kau tidak bersendiri waktu ini,kau punya Allah untuk mengadu..”bisik hati ku sendiri

Aku pernah terbaca yang Allah itu dekat,bahkan lebih dekat jika dibandingkan dengan urat saraf  manusia itu sendiri..Semasa sujud aku mengadu sepuas-puas tentang kesedihan yang aku alami waktu itu..Usai solat aku baring untuk seketika..saat itu aku teringat yang Syamim, iaitu classmate aku ada merakam saat aku membuat presentation tadi..rakaman itu dibuat tanpa pengetahuan aku menggunakan kamera digital milikku..Lantas laju sahaja tangan ku mencapai  kamera digital milikku itu..Aku tekan butang 'On' pada kamera ,seterusnya aku tekan play..Aku tengok rakaman tu dari awal hingga akhir..

Dan yang membuat aku rasa cukup terharu ialah,, 2 minit sebelum rakaman berakhir,, salah seorang daripada classmate aku ada bagi ucapan..Ucapan dia tu lebih kurang macam ni la..
“Syamilah best..Syamila the best” dan lepas tu ada thumbs up dari seorang lagi classmate  aku..dan bila sahaja presentation dari group aku selesai,,aku nampak ramai dalam kalangan budak kelas aku yang memberikan tepukan gemuruh untuk kumpulan aku..walaupun benda tu semua nampak cukup ringkas pada mata orang lain tapi benda kecil macam tu lah yang buat aku menagis..kalau tadi aku still boleh tahan lagi air mata aku..tapi bila part ucapan tu,,terus air mata aku mengalir macam hujan lebat sahaja..

Lepas je tengok rakaman tu,,aku rasa bagai ada suatu kekuatan  yang menyelinap masuk perlahan-lahan ke dalam jiwaku..Aku rasa aku tak keseorangan,aku punyai ramai rakan-rakan yang masih menyokong aku dari belakang..terima kasih kawan..dan terima kasih Ya Allah,,saat kau mendatangkan ujian kepadaku dan saat itu juga lah aku dapat merasakan nikmat dari ujian Mu untuk ku..

Petang itu aku ada kelas English Communicative..dan aku rasa cukup bersemangat untuk menghadiri kelas pada hari tersebut..Bagai ada satu semangat baru yang datang..

Sekali lagi aku diuji..Miss Syira panggil namaku supaya ke depan..dia memberitahu aku yang dia telah memilih aku untuk menyertai pertandingan public speaking, dan aku merupakan wakil untu kelas Dat 1D..pertandingan itu terbuka kepada pelajar semester 1 dari semua jabatan..Aku teragak-agak untuk menerima tawaran tersebut,aku takut yang sekali lagi aku akan menghampakan harapan kawan-kawan,lagipun aku belum pernah menyertai pertandingan sebegitu..Setakat mendeklamasikan sajak semasa hari merdeka tu pernah la...

Tawaran dari Miss Syira buat aku rasa bingung,,menerima bererti aku mengambil risiko, tapi menolak bermakna aku telah menghampakan harapan Miss..Ah,,aku dalam dilema..  

nota kaki : bersambung..

0 comments:

Post a Comment