Akhirnya aku setuju untuk menerima tawaran daripada Miss Syira tapi dengan syarat, Miss Syira kena ajar aku berlatih untuk pertandingan tu..
Hari demi hari berlalu,,bermakna pertandingan public speaking semakin hampir,namun belum pernah sekali pun aku sempat untuk bertemu dengan Miss Syira..bila nak jumpa mesti ada je halangannya..time aku free, miss yang busy,time miss free aku pulak yang busy..macam tu lah seterusnya..sampailah keesokan hari untuk pertandingan tu baru la aku sempat untuk jumpa dengan miss,tu pun aku hanya sempat ambil surat pelepasan untuk tidak menghadiri kelas dan tanya pasal rules pertandingan tu..tak sempat pun nak practice depan dia..
malam sebelum pertandingan,aku cuma buka Youtube, dan belajar dari situ..macam mana nak buat definition,body dan conclusion..Ah,,malam tu susah betul aku nak lelapkan mata ni..pusing kanan tak kena..pusing kiri pun salah..berdebar untuk menunggu hari esok..sebab public speaking ni benda nya spontan. kita akan diberikan satu tajuk, masa yang diberikan hanya lima minit untuk kita fikiran isi untuk tajuk tu..
aku bimbang kalau aku tak mmapu untuk mengeluarkan satu isi pun pada keesokan hari,pertandingan tu bertempat di dewan..bila sebut dewan mesti la ramai yang akan hadir..
Hari yang ditunggu telah tiba, aku hanya mampu berdoa supaya Allah permudahkan urusanku..
7.30 a.m
Syahirah iaitu classmate aku datang ke bilik aku, dia tanya nak jalan sama-sama ke untuk ke dewan tu,aku cakap tak payah la..malas nak menyusahkan dia untuk tunggu aku..lagipun jalan untuk pergi ke dewan dan ke kelas perlu melalui jalan yang bertentangan..
8.00 a.m
Aku sampai ke dewan..muka gabra semacam,macam kucing hilang anak pun ada..risau takut-takut aku tak mampu nak bercakap dihadapan khalayak nanti..Dah la time tu aku sendirian, tak kenal sape-sape pun kat situ..
8.15 a.m
Peserta-peserta public speaking dikehendaki untuk mendaftar kan diri dan kami diberikan sarapan percuma,iaitu nasi lemak dengan air mineral..Alhamdulillah,jimat duit aku pagi tu..Setelah bersarapan kami diminta untuk membuat cabutan untuk angka giliran..dan nombor yang aku dapat ialah 19..tak de lah gemuruh sangat sebab aku bukan la orang yang pertama dan bukan juga orang terakhir untuk bercakap nanti..
9.00 a.m
Kami peserta-peserta public speaking diminta untuk masuk ke dalam bilik kuarantin..Nama peserta pertama dipanggil..Aku menunggu nama ku dipanggil dengan penuh sabar..masa tu gemuruh aku dah kurang sikit...dan dalam bilik kuarantin tu la aku jumpa dengan kawan baru..Seorang tu budak perempuan dan seorang lagi tu budak lelaki..yang perempuan tu budak JB dan yang lelaki tu aku tak pasti..kami sibuk duk berbual sementara orang lain pulak sibuk duk practice..
10.30 a.m
giliran aku semakin hampir,giliran kawan aku yang perempuan tu dah lepas..mata ku liar mencari tempat duduk kosong mahu menenangkan diri..sebelum berlalu,kawan aku yang lelaki tu tanya,,
"awk ni orang mana?"
"awk ni orang mana?"
"orang kelantan la, pasir mas.."jawabku
"La,,,orang kelate rupanya,,ingatkan orang luar tadi..buat penat je kawe kecek luar dengan demo.."katanya padaku..
"Aik,,macam tu pulak,,kita ingat kan demo tu orang luar"...jawabku.seta-merta kami tergelak sama..setelah itu aku bergerak mencari ruangan kosong untuk bersendiri bagi menenangkan diri..
nota kaki: bersambung
nota kaki: bersambung
0 comments:
Post a Comment