in the name of Allah the most gracious and the most merciful,,
Assalamualaikum,,
Kisah entri untuk hari ini bermula begini,,baru-baru ni,semasa cuti sempena hari raya aidiladha,aku telah mengajak sepupu untuk teman kan aku pergi beli telekung solat baru..Biasa la hari raya,nak juga rasa cantik bila nak bertemu dengan Allah ni..jangan hanya tahu berhias untuk berjumpa manusia saja,,nak jumpa dengan Allah pun kena la cantik jugak..Bukan kah Allah itu cantik dan Dia juga suka pada kecantikan..
Semasa nak pergi beli telekung solat tu,,aku dah pasang niat,kalau aku jumpa tudung bawal yang berkenan di hati memang aku nak beli..sebab koleksi tudung bawal aku memang tak banyak..entah kenapa tiba-tiba je rasa rindu kat tudung bawal ni,,maybe sebab dah lama kot aku tak pakai ..sekarang ni aku lebih prefer untuk pakai tudung "instant"..Nak pergi kuliah pun, aku pakai tudung "instant" tu je..Senang tak payah susah nak gosok atau nak belit-belit macam pakai shawl tu..lagipun aku ni jenis yang tak suka sesuatu yang complicated..semua benda nak senang je..Mula-mula tu bila tengok orang pakai shawl teringin jugak la nak pakai..berhelai-helai jugak aku beli.tapi end of day, semua shawl tu duk terperap dalam almari..membazir je aku beli banyak-banyak..
Okay malas nak cerita panjang-panjang nanti ke laut pulak..so,aku sambung balik cerita aku yang nak beli telekung solat tu..Sepupu aku ada cakap,,kalau nak beli telekung solat atau tudung bawal yang cantik-cantik,,try la tengok kat pasar Siti Khadijah kat Kota Bharu,,katanya lagi, kat sana,harga pun murah, boleh tawar-menawar..Aku sebenarnya tak kisah beli kat mana-mana pun janji harga tu berpatutan..Ye la,nak beli kat butik, aku tak mampu..bukan taraf aku nak masuk butik-butik ni..aku bukannya anak orang kaya,,setakat orang biasa-biasa je..Walaupun,bukan anak orang kaya, tapi aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang,nak kata kaya pun tidak,nak kata miskin pun tidak..sedang-sedang saja..
Sambung balik story,,jadi sampailah aku dengan sepupu aku tu kat pasar Siti Khadijah ni..dari satu kedai ke satu kedai kami singgah..Last sekali,aku masuk satu kedai ni,nampak ada seorang jurujual tengah mengeluarkan kain-kain dari plastik..jurujual tu lebih kurang sebaya dengan aku,maybe tua setahun dua je daripada aku..Jurujual tu tanya aku,"Dik cari apa?"
aku jawab.."saya nak cari telekung solat." dan jurujual tu laju sahaja mengeluarkan koleksi-koleksi telekung solat yang ada kat kedai dia tu..pilih punya pilih,akhirnya aku berkenan la dengan satu telekung ni..sebelum bayar,aku cakap kat jurujual tu yang aku nak beli tudung bawal..
dia tanya aku nak tudung bawal yang macam mana,,aku beritahu dia yang aku nak tudung bawal yang biasa sahaja, tak nak yang bersulam atau bermanik telalu banyak..Jurujual tu pun cari la,tudung seperti yang aku mintak ..
masa jurujual tu duk cari tudung bawal tu,,tiba-tiba mata aku terpandang...
bersambung....
nota : nanti aku sambung balik cerita aku ni..penat la tulis entri panjang-panjang..
jumpa lagi..Assalamualaikum..
Why I English
2 months ago
0 comments:
Post a Comment