Assalamualaikum..
Mungkin sudah terlambat barangkali,untuk aku ucapkan selamat hari raya,tapi bak kata orang putih "better late than never"..jadi,di kesempatan ni,aku nak ucapkan selamat hari raya aidiladha..Raya haji tahun ni tak de la meriah sangat kalau nak dibandingkan dengan raya tahun-tahun lepas,ditambah pulak dengan ketiadaan insan-insan yang biasanya selalu buat kecoh di pagi raya iaitu Amalin,Fatin dan Kak long..Amalin merupakan kakakku,sekarang dia merupakan pelajar perubatan tahun tiga di universiti tanta, Fatin pula ialah sepupu yang paling rapat dengan aku,sekarang ni sedang melanjutkan pelajaran di university of warwick di united kingdom dan kak long pula, iaitu sepupu sulung dalam keluarga belah mak aku tak dapat pulang berhari raya di kampung tahun ni kerana tak dapat pelepasan cuti..
Ah sedihnya,,tapi apa-apa pun raya mesti diteruskan seperti biasa..
Setelah selesai sembahyang sunat hari raya,kami sekeluarga berkumpul di rumah nenek aku..pagi tu kami bersarapan dengan nasi dagang air tangan nenek tersayang..Kalau bab masak memasak ni,,tak de orang yang boleh lawan nenek aku..masakan dia memang POWER!!
Setelah bersarapan kami sekeluarga,termasuk keluarga pak cik dan mak cik aku bersiap untuk bertolak ke tempat penyembelihan daging korban..
ni hadyan,sepupu aku bersama "botak" iaitu anak patung kesayangan hasya..mana-mana pergi mesti nak suruh patung tu ikut sekali
ikah with little hasya..comel betul budak ni
semua ni pak cik aku
dari kiri : ayah mi, ayah jak dan ayah din
mereka semua ni pantang tengok kamera,mesti nak bergambar
ayah mi sekeluarga
ni pulak famili ayah di
lembu yang bakal disembelih
proses jual beli lembu korban
lembu berjaya ditumbangkan
sedia untuk disembelih
setelah lembu selamat disembelih,,kami semua bergerak untuk pulang ke rumah..
Petang tu kami semua makan lauk berasaskan daging belaka,,macam macam jenis masakan daging ada,,daging goreng,daging masak kicap,daging bakar,daging masak merah dan sup tulang..naik pening aku dibuatnya..semua lauk daging..
nota kaki : pengalaman hari pertama raya haji tahun 2011..jumpa lagi di entri seterusnya...
terima kasih kerana sudi membaca belog saya...=)
0 comments:
Post a Comment