Wednesday, December 9, 2015

Life as degree student

Bismillahirramanirrahim

In the name of Allah the most gracious and the most merciful 

Assalamualaikum

Ha.. kalau baca tajuk pun mesti dah tahu kan aku nak cerita pasal apa..life as a degree student, kehidupan aku sebagai student ni degree sekarang ni. Sebenarnya, kehidupan sebagai seorang student degree ni tak lah seindah seperti yang aku bayangkan. Tak indah tu, sebab kena berjauhan dengan family je sebenarnya..hehe Tu lah umur 22 baru nak belajar keluar rumah, belajar jauh-jauh.. jauh tu tak de la jauh mana sebenarnya, masih lagi dalam semenanjung  Malaysia, dan bukannya Sabah Sarawak.

Pada mulanya memang susah untuk aku sesuai kan diri kan tempat orang ni, tambah-tambah lagi bila masuk  UUM ni aku tak de ramai kawan, most of time aku banyak sendiri, tapi dari situ jugaklah aku belajar untuk struggle, survive dan belajar berdikari. Pergi kelas sorang-sorang, makan kat kafe sorang-sorang, naik bas pun sorang-sorang dan semua benda sorang-sorang lah. Sedih gila kalau ingat balik masa first2 tu. Dah la dengan homesick bagai masa tu, but my life change after 1 month later. Lepas 1 bulan kat UUM ni baru lah aku ada roommate. Rommate aku orang Terengganu. Jadi lepas tu tak de la aku pergi kafe sorang-sorang lagi, ada la jugak yang teman aku untuk makan, dan bila duduk dalam bilik tu tak de la aku mereput sorang-sorang ada la jugak teman sembang. 

Dari segi pembelajaran pulak memang jauh berbeza dengan masa diploma dulu. Kalau dulu, kau tak faham certain bab tu kau boleh suruh lecturer tu ulang balik bab tu bila dalam next class tapi sekarang jangan harap kau boleh wat cam tu. Pembelajaran pulak fully english, dan dalam kelas aku akan ada student International. Student international ni bergantung pada universiti tu jugak, ada yang ada, ada yang tak de. Dan subjek-subjek masa degree ni pun makin tough jika nak dibandingkan degan masa diploma dulu. Kalau masa diploma dulu, pelajar akan sentiasa di'suap' oleh lecturer, maksudnya segala nota-nota pembelajaran lecturer akan bekalkan, tapi bila masa degree ni banyak notes2 yang  perlu dicari sendiri.

Dari segi pengangkutan pulak, macam aku untuk ke kelas atau ke pekan universiti aku memang sediakan kemudahan bas untuk pelajar. Cerita pasal bas ni, kat sini adalah satu pemandangan biasa bila kau lihat pelajar perempuan kejar bas sambil pakai baju kurung atau jubah. Aku la tu..haha Eh, tapi sebenarnya budak perempuan lain pun sama okay. Keadaan dalam bas terutamanya pada waktu puncak boleh diibaratkan seperti ikan sardin dalam tin tunggu masa nak meletup..haha Nak2 pulak yang jenis size petite macam aku ni, jawabnya duk bawah ketiak orang je memanjang. Dalam bas pulak kena berhimpit-himpit. Paling horror bila duduk himpit-himpit ni  mula lah keluar aroma-aroma yang kurang menyenangkan. Oh My Allah boleh pengsan kalau terhidu yang tu. Sabar je lah. Paling aku tak suka dah la kena berhimpit-himpit, lepas tu time tu la jugak ada orang boleh sembang kemain, dia punya sembang tu macam tak de hari esok, suara pulak jenis tak reti nak slow. Ai, rasa macam nak ketuk je kepala diorang ni..(ha,,nampak tak garang disitu :-P)


Bersambung..






Sunday, December 6, 2015

PMS





Bismilahirrahmanirrahim..

In the name of Allah the most gracious and the most merciful 

Assalamualaikum


Perempuan ni kan bila hampir atau sedang period, mood diaorang susah nak dijangka. Ada je benda yang tak kena..rasa nak marah, tapi tak tahu nak marah kat sapa. rasa sedih nak menangis tapi tak tahu pasaipa..semua rasa yang pelik-pelik tu dia mai la time ni.. Rasa ni sama macam aku alami sekarang ni, rasa sedih nak menangis, tapi tak tahu sebab apa..PMS oh PMS..but it's not something that I choose to have. Benda ni something yang aku tak boleh nak control, bila hormon dalam badan tak stabil. 

Sebenarnya, bila tiba waktu nak haid.  Bukan sahaja "angin" tak tentu pasal. Tapi dia mula la sakit itu sakit ini.. Macam aku, kalau nak period selalunya, sakit tulang belakang, sakit perut, loya dan sakit kat bahagian dada.

Benda ni normal sebenarnya untuk semua perempuan, macam kawan aku, diorang ada cita gak la, kalau time sebelum atau semasa period diorang pun akan rasa nak marah tapi tak tahu sebab apa, dan biasanya orang yang selalu jadi mangsa untuk diorang lepaskan kemarahan ialah boyfriend diorang la..haha Kalau dapat boyfriend yang jenis faham tak pe la. tapi kalau dapat yang jenis sama, jenis buruk perangai mula lah start perang dunia kedua.  

Dan aku harap one fine day, bila aku dah ada pasangan, harap-harapnya pasangan aku ni jenis yang memahamilah. Jadi tak de lah tiap-tiap bulan tu asyik world war 2 je..Kalau tiba-tiba aku marah tak semena, menangis entah apa-apa dan tiba-tiba gedik mengada. Faham-faham lah ye tu maknanya saya sedang PMS..haha



p/s: Well boy, it's the bitter truth, whether you like it or not. It's women nature.
Dah Tuhan cipta perempuan macam tu. Sebagai lelaki kau kena la, listen to their rants, keep them smiling and their period day will brighten up like sun brighten the earth. Hagitu.

Thursday, November 26, 2015

Sometimes it's okay to say that you're not okay

 
 
 
 

Yes it's hurt me so much
 when I trust and value someone
who actually didn't value me the way I value them..

p/s: sometimes it's okay to say that I'm not okay.
Penat nak pendam sorang-sorang rasa geram dan sakit hati. tapi nak luah depan-depan tak mampu rasanya. tu lah kadang kadang terlampau nak jaga hati orang. sampai perasaan sendiri tak terjaga.

Saturday, November 21, 2015

Pengalaman sebagai pelajar UUM

Bismillahirrahmanirrahim..

In the name of Allah the most gracious and the most merciful..

Assalamualaikum


Tiba-tiba rasa seronok pulak nak tulis blog ni..rindu nak berblog macam dulu..dulu kalau boleh hari-hari rasanya nak tulis blog ni..hehe  Okay dah, berbalik pada tajuk kat atas tu, saja nak kongsi pengalaman sebagai student UUM ni. Sebenarnya untuk belajar kat UUM ni memang salah satu dalam wish list aku, dan Alhamdulillah akhirnya dapat jugak.

Pada mulanya, untuk masuk UUM ni aku isi kos finance and banking, tapi nak dijadikan cerita, sehari sebelum tarikh tutup permohonan UUM ni kawan aku Fern, aku tak ingat samada dia call atau whatsapp tanya aku mohon kos apa untuk kemasukan UUM sesi Februari ni, dan aku bagitahu la yang aku mintak kos finance and banking, lepastu dia tanya kenapa tak pilih kos akaun. Sebenarnya ada beberapa sebab aku tak pilih kos akaun ni, nanti aku cerita kenapa pada mulanya aku tak pilih kos akaun ni, tapi tu untuk entri lain kali la bukan kali ni..dan entah macam mana lepas Fern tanya aku tu, aku jadi tergerak hati untuk tukar balik permohonan..dan aku apply accounting as my first choice.

Dan tak lama lepas tu, lupa dalam sebulan lebih atau dua bulan aku dapat tahu yang permohonan aku untuk program ijazah sarjana muda perakaunan dengan kepujian ni akhirnya berjaya. syukur Alhamdulillah. dan orang yang paling gembira bila dapat tahu berita  ni mesti lah ayah. dan tak lama lepas dapat keputusan UUM ni, aku pun mendaftarkan lah diri sebagai pelajar kat UUM Sintok, Kedah ni.

Di UUM ni, aku di tempatkan di Dewan Penginapan Pelajar Sime Darby, atau singkatannya DPP Sime Darby. DPP ni kira macam kolej la, tempat pelajar tinggal. dan apa yang aku tahu, bagi pelajar yang aktif, contohnya masuk program, persatuan atau kelab,  setiap kegiatan mereka tu akan diberikan mata, kat UUM ni mata tu dipanggil sebagai sira. Sira tu la yang menentukan samada sem depan kau akan dapat stay kat DPP sama atau pun tak.

Kat sini, masa sem satu hari tu banyak jugak la program dan aktiviti yang aku join semata-mata nak kumpul sira ni. hehe seronok jugak sebenarnya join aktiviti dapat la release stress.. ye la kalau asyik study, duk berkurung je dalam bilik pun tak best jugak..sekali sekala join program ni dapat sikit release stress sambil dapat kenal ramai orang..hehe


p/s: Sebenarnya banyak lagi yang aku nak cerita tapi since ada kerja lain yang lebih penting untuk aku siapkan, jadi rasanya sampai sini je la dulu entri ni. Jumpa lagi di entri yang akan datang. Thanks for reading..Assalamualaikum 

Friday, November 20, 2015

Contengan 20/11/15


Bismillahirrahmanirrahim..

In the name of Allah the most gracious and the most merciful.

Assalamualaikum..



Lama sangat rasanya tak jenguk blog hidup segan mati tak mahu aku ni..haha Sepanjang tempoh ketiadaan ni dah macam-macam sangat yang jadi dalam hidup aku ni, ada yang sedih ada yang gumbira..huhu

Cakap pasal gembira ni, Alhamdulillah akhirnya aku dah berjaya tamatkan pengajian diperingkat diploma dan ditawarkan untuk melanjutkan pengajian diperingkat Ijazah dalam bidang yang sama macam diploma dulu iaitu perakaunan..syukur Alhamdulillah. Sekarang ni dah semester 2 di UUM. 

Seterusnya impian aku untuk ada online shop sendiri pun dah tercapai. Dah lama pasang angan-angan tu..hehe Alhamdulillah akhirnya tercapai jugak dan banyak lagi sebenarnya impian-impian kecil aku yang akhirnya Allah kabulkan. kalau nak tulis satu-satu tu tak mampu rasanya. Apa-apa pun, syukur Alhamdulillah..

Dan kalau cerita pasal sedih ni, malas sebenarnya nak cerita pasal sedih-sedih ni. tapi dah terlajak cerita, aku cerita la sikit yer..huhu yang paling sedih dan yang paling terkesan dalam  hidup aku ialah, pada Mac 2014 aku telah kehilangan nenda tercinta. Nenda, buah hati tempat aku bermanja dan bercerita saat rindu pada umi mengusik jiwa. Jiwa? usah ditanya saat itu antara patah dan luka. Tapi insyaallah aku redha. 

Haaaaaa..okay dah stop. tak boleh cerita banyak pasal sedih-sedih ni kang banjir pulak keyboard laptop aku ni..sapa nak tolong lap..haha

Okay lah rasanya, sampai sini je  la dulu. Till then,bye..Assalamualaikum..tak jawab dosa, kalau kalau jawab sayang..haha :D


 


Wednesday, September 12, 2012

Wordless Wednesday-Mine#2




Friday, August 10, 2012

Humble vs Arrogant




"Skills win u medals, but attitude win hearts."
=)