Wednesday, November 9, 2011

Aku dan Mikroekonomi

In the name of ALLAH the most gracious and the most merciful

Assalamualaikum,,

Alhamdulillah presentation untuk mikroekonomi selesai jua akhirnya setelah pelbagai halangan dan kepayahan yang terpaksa kumpulan aku lalui,,dan kini aku hanya mampu berdoa supaya Allah membuka pintu hati Pensyarah ganti aku tu untuk membuat penilaian dengan setelusnya untuk kumpulan kami..

Mungkin korang tertanya-tanya kenapa aku sebut pensyarah aku tu sebagai pensyarah ganti,,ini kerana pensyarah yang mengajar untuk subjek mikroekonomi bagi kelasku,iaitu Puan Hawani kini sedang cuti bersalin..dan terpaksa lah diganti dengan pensyarah baru..

Dalam rasa kesyukuran kerana segala tugasan untuk presentation telah selesai,namun terselit jua sedikit rasa terkilan dengan sikap group dari kelas lain,iaitu pelajar-pelajar dibawah bimbigan pensyarah ganti aku tu..kenapa??

Ahh,,biar lah benda tu menjadi rahsia..Sebab presentation tu,,aku rasa aku dah malas nak buat apa-apa presentation lagi..sakit hati aku..kata orang kalau luka dijari boleh sembuh dengan ubat gamat tapi kalau luka dihati..ahh,,itu parah..

Presentation pada hari tu,berakhir pada pukul 12.00 dan aku terus balik ke asrama..niat aku untuk meluahkan segala rasa sakit hati yang tidak terbendung lagi kepada Hanim.namun, bila aku buka pintu bilik Hanim, Hanim tiada dan aku call Farah Nadhirah tapi time tu dia busy..Nak mengadu kat ayah,ah,aku tak sampai hati..Seterusnya aku hanya mampu termenung sendiri..terasa sepi sekali kerana kini aku sendiri..

nota kaki : bersambung.... 

0 comments:

Post a Comment