In the name of Allah the most gracious and the most merciful..
Assalamualaikum..
Entah kenapa rasa rajin yang teramat untuk buat '
marathon blogging tanpa henti' pada hari ni..
biasa la bila mood rajin tu datang,,awak pun layan jer la..
10/10/2011
Politeknik Kota Bharu telah menganjurkan program gerak gempur usahawan..pelbagai acara telah dianjurkan untuk memeriahkan program tersebut..program ini berlangsung selama dua hari..dan keesokan harinya telah diadakan pelbagai bengkel khas untuk pelajar pelajar jabatan perdagangan
SAHAJA<-- (see untuk budak jp sahaja,,budak jabatan lain sila jeles yer)..hehehe
Terdapat pelbagai pengkel yang yang disediakan pada hari tersebut,antaranya, bengkel coklat,bengkel pemakaiaan tudung,gubahan bunga,cup cake,gunting rambut,tart,batik,make up dan etc..banyak sangat bengkel pada hari tu..kalau nak suruh aku list satu persatu,,mak aii,, naik jenuh rasanya..
So,,daripada korang duk dengar aku membebel tu,aku rasa lebih korang usha gambar-gambar peserta dan bengkel-bengkel yang ada pada hari tersebut
Jom usha gambar-gambar peserta dan bengkel-bengkel yang ada pada hari tu...
BENGKEL COKLAT
tu Susfebriani, classmate aku....haa tu dia,,,macam ni la anak dara,kena rajin-rajin duk kat dapur..
ni la mak cik yang tukang tunjuk cara untuk membuat coklat pada hari tu..
mak cik ni,,muka je nampak garang tapi dalam hati ada taman..
untuk kelihatan cantik,menarik dan tertarik, coklat di telah isi ke dalam bekas
coklat sedia dihidang..
seterusnya,,
BENGKEL GUNTING RAMBUT
model-model patung yang bakal menjadi mangsa si tukang gunting
bengkel gunting rambut bermula
peserta bengkel pun boleh cuba untuk tunjuk skill mereka sebagai seorang tukang gunting
turut disediakan perkhidmatan gunting rambut secara PERCUMA..
percuma tu bro,,kau ade?
Ni lah pakar- pakar dalam bab gunting-menggunting rambut..
yang pakai selendang tu rupa-rupanya kakak kepada classmate aku : Aiman Fahmi
BENGKEL TUDUNG
Bengkel ni menerangkan cara-cara pemakaian selendang ala-ala Yuna dan Hana Tajima
Akak tu sedang menerangkan cara-cara pemakaian selendang
Sebenarnya,,belum sempat akak tu belit selendang dia tu sampai habis aku dah blah..tak tahan la,lama sangat nak pusing situ la,sini la..it's complicated..baik pakai tudung "sarung" tu je..tak sampai seminit,,dah siap..tak perlu la nak pusing situ,sana,sini...
BENGKEL GUBAHAN BUNGA
khusyuk betul diorang ni,,sampai tak sempat nak pusing kiri kanan..
antara bunga yang telah siap dihasilkan menggunakan tangan tau..
cantik kan??
bengkel yang terakhir ialah bengkel tart..sebenarnya terdapat banyak lagi bengkel pada hari tersebut cuma aku je yang tak sempat nak ambik gambar satu persatu..
BENGKEL TART
akak-akak tu sedang khusyuk menunjuk kan cara- cara membuat tart
bersama sebahagian daripada peserta-peserta bengkel membuat tart
dari sebelah kiri : kak sal,ayu,mira,hanim dan gee
nota kaki : sekian saja liputan program gempur usahawan..harap readers semua berpuas hati..jumpa lagi di entri yang akan datang..
Salam,,peace no war..=)