Wednesday, December 14, 2011

Bebas..

in the name of Allah the most gracious and the most merciful

Assalamualaikum,,



Alhamdulillah,,saya gembira..
saya sudah bebas
bebas dari apa??
Jangan la tanya

Nota:Target utama saya sekarang,upgrade kan iman,tambahkan                     
     senyuman..dan hidup dengan riang..peace no war!!


Tuesday, December 13, 2011

aku tunggu hari itu..

in the name of Allah the most gracious and the most merciful

Assalamualaikum,,


Pada hari itu,
ingin ku katakan dengan indah
Tidak mahu lagi jadi orang yang last
walau bukan yang pertama aku tidak kisah
asal bukan lagi yang terakhir..


Ya Allah,,
Aku menghitung hari..
tanpa penat dan lelah
bimbang takut terlepas seperti tahun-tahun sudah..

Nota : Duhai jiwa yang mungkin sudah berubah,,bisakah engkau mendengar?

Sunday, December 11, 2011

Puisi Zahiril Adzim untuk isteri

in the name of Allah the most gracious and the most merciful

Assalamualaikum..

Sedang aku berjalan dari satu blog ke satu blog akhirnya menemukan aku dengan sebuah puisi,,puisi dari Zahiril Adzim untuk isterinya..
puisi yang cukup indah dari seorang suami untuk seorang isteri,,jadi disini aku kongsikan puisi ini untuk tatapan kalian..







Puisi Zahiril buat Isteri,Shera:
“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.
Isteriku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.”

Nota: Andai saja bakal "imamku" juga dapat menulis puisi seperti ini..hehehe
gatal jugak aku ni rupanya..tapi tak salahkan kalau aku memasang impian,,siapa tahu esok lusa Allah kabulkan..=D

Pengakhiran yang hampir sempurna

in the name of Allah the most gracious and the most merciful..

Assalamualaikum,,

Alhamdulillah,,Alhamdulillah,,Alhamdulillah
All the hard works and all panda eyes seem worthwhile..
Syukur Alhamdulillah..

Teringat peritnya untuk menghabiskan 5 bulan ni,penuh suka,duka dan air mata..
masih terbayang dibenakku,, tentang episod 3 minggu dengan air mata..
saat itu benar-benar menguji ku
bagaimana presentation microeconomics dikritik macam sampah,,
bagaimana bila semua assingment dan projek komputer hilang dan 
bagaimana terpaksa menyudahkan assingment bekumpulan sendirian saat orang lain lena diulit mimpi 
dan bila buku akaun,mikroekonomi dan statistik hilang tanpa jejak..
paling perit bila mana imanku mencanak turun,,
berminggu-minggu aku dapat rasakan yang hatiku tidak aman..tercari-cari kenapa semua ini berlaku,,
terasa kosong,,tidak sempurna dan tidak lengkap
hanya mampu menangis sendiri
mungkin pada pandangan duniawi aku kelihatan biasa sahaja
tapi sebenarnya hatiku menangis 
menangis mencari damai yang hilang..
namun tatkala bermuhasabah tentang hati,,maka tahu lah aku tentang puncanya..puncanya hatiku jauh..
jauh dari Maha Pencipta..
aku sering melupakan-Nya walaupun Dia sekalipun tidak pernah
melupakan aku..Dear Allah thanks for being there when nobody 
else was..


nota:
1.Antara sebab iman berkurang ialah tidak jaga hati,tidak jaga percakapan dan tidak jaga ikhtilat..Sungguh aku akui nak jaga ikhtilat itu agak susah..nak jaga ikhtilat dalam kehidupan sebenar lebih senang berbanding nak jaga ikhtilat dalam alam maya..

2.kawan-kawan maaf jika saya ada tersalah bicara sepanjang menulis entri ni,maaf juga andai ada hati yang tersakiti dan mohon maaf andai ada hak yang tidak tertunai..

3.Mohon teguran atas segala kesilapan..syukran..moga Allah kasih


4.pointer sem 1 3.46..dean list tak lepas..so close,but yet so far..tepuk dada dan sebut,Alhamdulillah.. Allah always be with us..All is well,All is well..=)

Saturday, December 10, 2011

PMS-negara

in the name of Allah the most gracious and the most merciful

Assalamualaikum,,

Aik,,kenapa saya sebut PMS-negara..masakan negara juga punyai masalah seperti kaum hawa..hahaha..Oh,maaf itu sekadar kiasan sahaja..apa yang saya maksudkan adalah dilema politik negara kita yang sedang menghadapi PMS agaknya. Pelbagai isu provokasi dan kontroversi..Ah,,hebat sekali. Moga-moga dalam kitaran baru nanti, tiada senggugut melanda dan hasilnya selepas kitaran baru akan muncul seorang yang bijak dan gagah. Bukannya yang kurang pandai dan lemah. Oh. Sinikal sekali bunyinya. Hehehe.Ok.Mahu angkat kaki dulu. Nanti saya diserbu.:) 

Nota:" Kita saudara sesama Islam ni tak perlulah rasanya untuk memaki hamun.. bertelagah..bertekak..kutuk-mengutuk sesama sendiri..HANYA KERANA ISU POLITIK..Kebanyakan begitulah dalam FB ni..MENCARUT-CARUT..Sampai tak sanggup nak baca..Memalukan..MASING2 TAK MAHU MENGALAH..EGO..SEOLAH2 NAK TUNJUK AKU LAH HEBAT !!! Saya nak tanya..Apa yg kalian dapat? KEPUASAN kah??? Atau hanya PUBLISITI MURAHAN YG KALIAN CARI ???Cuba duduk sebentar dan muhasabah..KALAU RASULULLAH MASIH ADA..DAN TENGOK UMATNYA BEGINI..PASTI BAGINDA SEDIH DAN KECEWA..Allah..Allah..Allah..

copied from status FB - Syuhada Mujahiddah - UNTUK DIFIKIRKAN"


credit untuk: dr sarah,syuhada mujahiddah

Friday, December 9, 2011

Pahit tapi manis

in the name of Allah the most gracious and the most merciful

Assalamualaikum,,

Adakala teguran daripada Allah itu pahit, 
tapi manis..
mungkin juga sakit
tapi InsyaAllah redha..

..Allahu rabbi..
-hujan dalam hati-

Tuesday, December 6, 2011

Wordless Wednesday-bercinta sampai ke syurga#1



Bercinta sampai ke syurga

Wednesday, November 30, 2011

Back to december..

in the name of Allah the most gracious and the most merciful

Assalamualaikum,,




Disember mengingatkan aku pada kamu berdua..
rindu sekali rasanya
walau tiada di depan mata namun,tetap ku jangkau dalam titipan doa..
sayang aku pada kalian = infiniti

Tuesday, November 29, 2011

selamat hari jadi abang..

in the name of Allah the most gracious and the most merciful..

Assalamualaikum,,


hari ni genaplah 14 tahun usia adikku..selamat hari jadi syahmi..
semoga panjang umur,dimurahkan rezeki..
jaga iman,jaga hati,jaga diri..
gud luck for PMR next year..
I love you.=D

Saturday, November 19, 2011

Ujian itu tanda Allah sayang

in the name of Allah the most gracious and the most merciful
Assalamualaikum,,

Subhanallah,alhamdulilah,allahuakbar..
Manusia dan ujian memang tidak dapat dipisahkan..selari dengan ayat dalam surah Al-Baqarah apabila Allah menyatakan
"Allah tidak memberi kesusahan kepada hamba melainkan apa yang terdaya oleh hambanya"
[Al-Baqarah-ayat : 233]

Dan hari ini Allah telah menguji aku dengan sedikit kesakitan..Aku tersedar seawal jam 5.30 pagi..dan aku rasa pipi aku kebas,hidung aku pedih dan begitu juga dengan bibirku..
Cepat-cepat aku melangkah menghampiri cermin..Subhanallah,,terkejut bukan kepalang bila melihat wajahku di cermin..
pipi dan bibirku bengkak seakan-akan baru lepas bertumbuk..aku sentuh bibirku perlahan,,ahh,,pedih sekali

aku terdiam seketika,,terasa mahu menangis..ketika itu aku sendirian di bilik,,roommate ku tidur di bilik rakannya semalam..aku tidak tentu arah..mahu mengadu kepada siapa aku tidak tahu..

10.30 pagi
Alhamdulillah,,bengkak dipipi mulai surut..namun,pedih di bibir  dan hidung masih terasa,..

12.30 tengah hari
pipi masih bengkak namun tidak seperti awal pagi tadi..aku sentuh bibirku,,masih pedih 
dan aku dapat rasakan biji halus tumbuh disekitar bibirku..
dan saat itu aku yakin ini semua gara-gara terkena gigitan charlie


INFO : Ini adalah sedikit info tentang binatang bernama "charlie"..saiz kurang 1 cm, badan warna kuning kemerahan gelap manakala bahagian atas,bawah dan kepala warna gelap.bahagian tegah abdomen berwarna hijau tua mempunyai sepasang sayap keras dikenali sbgai "elitron". selalunya charlie ni kelihatan merangkak dengan pantas di sekeliling dgn menyembunyikan sayap dan sekali pandang menyerupai semut. cecair hemolimf yang terdapat di dlm badan (kecuali sayap) charlie mempunyai toksin sentuh  haiwan yg paling berbisa di dunia. toksin ini dikenali sebagai "pederin" (C24, H43, O9 N) dinamakan dlm tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi dari venom ular tedung. Persentuhan dengan charlie semasa bergerak atau tidur, menghancurkan pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai "dermatitis linearis", "whiplash dermatitis" atau sebagainya. 

info kat atas tu aku dapat daripada Encik Google
dan aku ada la baca serba sedikit tentang kesan akibat gigitan "charlie"..
                "Gigitan charlie ni jika sentuh atau di usik akan meninggalkan kesan parut.."
Ya Allah takutnya..dah la aku kena gigit kat muka..

Aku takut sebenarnya bila aku dengar yang gigitan charlie akan meninggalkan kesan parut, tambahan pula, gigitan yang aku dapat ni  kena dekat muka..tapi apa-apa pun aku kena positif..InsyaAllah segala nya akan kembali seperti sedia kala..Aku tak boleh sedih dengan ujian kecil macam ni..Aku kena yakin yang setiap ujian yang Allah berikan pada aku ini pasti ada hikmahnya, mungkin juga ujian ni adalah satu kifarah dosa yang telah aku lakukan..
Nota:
1. Kawan-kawan doakan supaya aku cepat sembuh,,dan wajah aku kembali normal seperti sedia kala..
2. Saat aku menulis entri ni,,bengkak di pipi masih ada dan bibir pulak rasa pedih dan gatal semacam..
3.Ya Allah tanamkan lah sifat sabar dalam diriku ketika menghadapi ujian-Mu ini Ya Allah..aminn..=D


Terkilan

in the name of Allah the most gracious and the most merciful,,


Assalamualaikum,,


Kisah entri untuk hari ini bermula begini,,baru-baru ni,semasa cuti sempena hari raya aidiladha,aku telah mengajak sepupu untuk teman kan aku pergi beli telekung solat baru..Biasa la hari raya,nak juga rasa cantik bila nak bertemu dengan Allah ni..jangan hanya tahu berhias untuk berjumpa manusia saja,,nak jumpa dengan Allah pun kena la cantik jugak..Bukan kah Allah itu cantik dan Dia juga suka pada kecantikan..


Semasa nak pergi beli telekung solat tu,,aku dah pasang niat,kalau aku jumpa tudung bawal yang berkenan di hati memang aku nak beli..sebab koleksi tudung bawal aku memang tak banyak..entah kenapa tiba-tiba je rasa rindu kat tudung bawal ni,,maybe sebab dah lama kot aku tak pakai ..sekarang ni aku lebih prefer untuk pakai tudung "instant"..Nak pergi kuliah pun, aku pakai tudung "instant" tu je..Senang tak payah susah nak gosok atau nak belit-belit macam pakai shawl tu..lagipun aku ni jenis yang tak suka sesuatu yang complicated..semua benda nak senang je..Mula-mula tu bila tengok orang pakai shawl teringin jugak la  nak pakai..berhelai-helai jugak aku beli.tapi end of day, semua shawl tu duk terperap dalam almari..membazir je aku beli banyak-banyak..


Okay malas nak cerita panjang-panjang nanti ke laut pulak..so,aku sambung balik cerita aku yang nak beli telekung solat tu..Sepupu aku ada cakap,,kalau nak beli telekung solat atau tudung bawal yang cantik-cantik,,try la tengok kat pasar Siti Khadijah kat Kota Bharu,,katanya lagi, kat sana,harga pun murah, boleh tawar-menawar..Aku sebenarnya tak kisah beli kat mana-mana pun janji harga tu berpatutan..Ye la,nak beli kat butik, aku tak mampu..bukan taraf aku nak masuk butik-butik ni..aku bukannya anak orang kaya,,setakat orang biasa-biasa je..Walaupun,bukan anak orang kaya, tapi aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang,nak kata kaya pun tidak,nak kata miskin pun tidak..sedang-sedang saja..


Sambung balik story,,jadi sampailah aku dengan sepupu aku tu kat pasar Siti Khadijah ni..dari satu kedai ke satu kedai kami singgah..Last sekali,aku masuk satu kedai ni,nampak ada seorang jurujual tengah mengeluarkan kain-kain dari plastik..jurujual tu lebih kurang sebaya dengan aku,maybe tua setahun dua je daripada aku..Jurujual tu tanya aku,"Dik cari apa?"
aku jawab.."saya nak cari telekung solat." dan jurujual tu laju sahaja mengeluarkan koleksi-koleksi telekung solat yang ada kat kedai dia tu..pilih punya pilih,akhirnya aku berkenan la dengan satu telekung ni..sebelum bayar,aku cakap kat jurujual tu yang aku nak beli tudung bawal..
dia tanya aku nak tudung bawal yang macam mana,,aku beritahu dia yang aku nak tudung bawal yang biasa sahaja, tak nak yang bersulam atau bermanik telalu banyak..Jurujual tu pun cari la,tudung seperti yang aku mintak ..


masa jurujual tu duk cari tudung bawal tu,,tiba-tiba mata aku terpandang...
bersambung....


nota : nanti aku sambung balik cerita aku ni..penat la tulis entri panjang-panjang..
jumpa lagi..Assalamualaikum..

Thursday, November 17, 2011

Thank you Allah

in the name of Allah the most gracious and the most merciful,,

Assalamualaikum,,

Ramai orang..
Tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya,
Selalu orang mengaitkan ketenangan itu..
Dengan faktor harta...dengan faktor kekayaan
Walau pun itu boleh menjadi penyumbang..
Tapi ia bukan lah segala-galanya.
Betapa ramai orang berada dalam rumah yang besar..
Tidur di atas katil yang empuk..
Tapi lenanya tidak nyenyak.
Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk..
Tapi tidur nya lagi nyenyak.
Ada orang yang berhadapan dengan hidangan yang hebat..
Tapi lidahnya tidak enak.
Enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan satu dua lauk..
Tapi dia lebih sedap dan selesa makannya.

Kata Hamka....
Lihat lah bagaimana Allah membahagikan nikmat..
Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar, makan nya sedap..
Tentu lah hidup nya bahagia dan tenang..
Belum tentu!

Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang..
Dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekali pun.
Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang..
Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekali pun.
Jika Allah uruskan urusan kita..
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita..
Walau pun sekelip mata.
Dunia boleh berbuat apa-apa..
Tapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran Allah.
Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas..
Kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah.
Apa yang orang rasa rugi..
Allah akan memberi keuntungan..
Yang mana jalan-jalan manusia tak sangka.
Tapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan.

Ketika kita dalam keperitan..
Kita rasa tidak dapat keluar daripadanya.
Tapi hari ni Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan baik.
Ketika kita ditimpa musibah..
Kita kata "Habislah aku"
Tapi usia kita telah berjalan..
Kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan hidup ini.
Siapa yang tidak melalui tak akan faham maksudnya.
Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakal..
Dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakal.

Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat..
Dia akan merasakan dunia ini sangat kecil.
Dia akan melihat kehidupan ini sangat luas.
Kita selalu hendak bersyukur jika diberi benda baru..
Dan kita lupa bawasanya apa yang ada pada kita ini..
Suatu nikmat yang besar.
Bukan salah untuk mengharapkan benda yang belum ada..
Tapi jangan lupa yang telah ada.
Insan jika dia ingin bersyukur kepada Allah, tidak terdaya.
<3<3<3<3<3<3<3
Adakah kamu sedang bersedih? Adakah kesedihan itu suatu yang terlampau berat sehingga kamu tak mampu nak lihat nikmat yg diberi Allah selama hidup ini? Berapa banyak manusia yg bersyukur dan memerhatikan nikmat yg diberi Allah setiap hari berbanding mereka yg mengeluh kerana ditimpakan ujian? Berapa ramai yg lebih tahu erti kesabaran dalam hidup?

Pesanan Nabi buat Umatnya 
(seperti yang Baginda katakan kepada Abu Bakar semasa di dalam gua, dalam perjalanan untuk berhijrah)
"jangan bersedih,,sesungguhnya Allah bersama kita"



                               
Ceramah daripada Dr. MAZA

Nota:Dear Allah,,thank you for being there when nobody else was..

Tuesday, November 15, 2011

Untuk kamu yang tidak aku ketahui siapa





"Lelaki paling hensem"

Assalammualaikum wrt wbt..
Buatmu,
Bakal suamiku,

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.

Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aisyah R.A ;

“sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.

Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?

Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.

Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.

Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.

Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

Dariku, 

Bakal isterimu



nota kaki:


1.Selalu berdoa,supaya suatu hari nanti Allah pertemukan saya dengan seorang lelaki sama macam ayah,,eh silap,,bukan sama tapi hampir sama..lelaki yang dapat memimpin saya dan bakal anak-anak saya menuju ke syurga,lelaki yang sanggup terima kekurangan saya,setia disamping saya walaupun masa tu saya dah tak cantik seperti di awal perkenalan dulu..=D


2.Harap bersabar untuk menghabiskan pembacaaan entri kali ini..mungkin terlalu panjang..tapi InsyaAllah bermanfaat..
entri ni 100% di copy n paste dari facebook..dan credit untuk Rusydee Art,,sebab gambar kat atas tu pun di ambil daripada facebook dia..

Saturday, November 12, 2011

putus cinta

in the name of allah the most gracious and the most merciful..


Assalamualaikum..


Entah mengapa laju rasanya tangan ini untuk menulis entri berkaitan putus cinta..Ah,,jangan salah sangka dengan tajuk di atas..Bukan aku yang sedang mengalami saat itu..tapi sekadar ingin berkongsi titipan rasa..masakan aku sedang putus cinta,,bercinta pun aku tidak pernah..


Untuk kamu yang sedang putus cinta,,

Putus cinta bermaksud,Allah memutuskan kasih antara kamu dan dia supaya kamu dapat bercinta dengan DIA pula..



"La Tahzan". Jangan Bersedih. InsyaAllah Allah gantikan yang lebih baik



tidak perlu terlalu bersedih. Cinta itu milik Allah. Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya. Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu.



Raihlah cinta ilahi,
kerana cinta Allah takkan mengecewakan kita.


Ingat,,lelaki mana yang datang kepada si perempuan untuk tujuan bercinta dan bukannya untuk berkahwin, maka lelaki itu adalah fasiq. Berbeza jika lelaki itu datang untuk melamarnya dan meminta izin dengan ibubapa perempuan tersebut, maka lelaki itu jauh lebih beragama dan bermaruah.

jAdI MuLaI sEkArANg:

Stop looking for love, let it find you. Usually, when you look for it, you find it in all the wrong places & the wrong people. That's why you have all of those failed relationship attempts, that's why you always have your heart broken. When you least expect it, love will find you & it's gonna feel amazing 'cause this time, you didn't try to find someone, someone found you. 






nota kaki : Sudah lama rasanya aku tidak menulis sesuatu yang dapat memberikan manfaat..sejak akhir-akhir ini aku hanya menulis entri berkaitan dengan aktiviti seharian  dan kisah-kisah tentang diriku sahaja..rindu rasanya untuk menulis entri seperti mula-mula aku memulakan langkah dalam dunia penulisan ini..



Dialisis di Hospital Perdana

in the name of Allah the most gracious and the most merciful..
Assalamualaikum,,


Baru-baru ni aku berkesempatan untuk menemani nenek aku buat rawatan dialisis kat Hospital Perdana..Dialisis adalah rawatan yang mengambil alih tugas-tugas yang dilakukan oleh buah pinggang, akibat kegagalan buah pinggang di peringkat akhir (end stage renal failure). Rawatan ini berkemungkinan untuk seumur hidup kecuali pesakit tu membuat pemindahan buah pingggang.


Rawatan ini mengambil masa selama 4 jam..



my grandma : saya panggil dia 'che'
nyenyak dia tidur..



ni pulak mak cik wee,,kawan nenek aku..
dia pun tengah nyenyak tidur


sebenarnya ada lagi beberapa orang lagi mak cik yang sama-sama buat rawatan dialisis dengan nenek aku tapi tak sempat aku nak snap gambar diorang..



masa untuk makan!!
dah puas tidur,kita makan la pulak..
suka aku tengok nenek aku makan hari tu,,berselera betul..biasanya nak habiskan separuh pinggan tu pun bukan main susah..


sebelah hospital ni ialah Kelantan Trade Centre
buka je tingkap terus nampak bangunan ni..

Setelah 4 jam berlalu,,kami bersiap sedia untuk pulang...

Nota kaki : niat di hati nak snap gambar misi-misi kat situ tapi ah,,segan lah..
Bye..Assalamualaikum..(kalau tak jawab dosa,kalau jawab sayang)