Assalamualaikum..
Akhirnya,,hari ini Farah Nadia binti Abdul Razak telah sah bergelar sebagai seorang isteri..dan majlis perkahwinannya berlangsung dengan begitu meriah sekali..Alhamdulillah Ya Allah..segala yang diatur berjalan dengan lancar sekali..
kak long kelihatan begitu berseri-seri pada hari ini..dalam set baju kurung berwarna putih..wajahnya kelihatan begitu tenang semasa akad dilafazkan..lucu pulak rasanya bila aku yang terlebih emosi..terharu barangkali melihat kak long ku sah bergelar sebagai seorang isteri dan kini memegang status sebagai Puan Dzaffri..
Kuning lembut merupakan tema kami sekeluarga di hari ini..semua keluarga berkumpul untuk meraikan hari yang berbahagia ini..
Namun,,jauh disudut hati, terdetik juga rasa sebak bila mengenangkan si dia yang telah pergi menghadap Ilahi..tanpa sempat melihat kak long bergelar ratu sehari..
Selamat pengatin baru buat kak long dan abang Dzaffri,,semoga kekal hingga ke akhir hayat hendakNya..i.Allah..
0 comments:
Post a Comment