Monday, May 30, 2011

thank you allah

~In the name of ALLAH,the most gracious and the most merciful~

Assalamualaikum,,



Ya Allah,tiada kata yang mampu aku gambarkan betapa bersyukurnya aku pada saat ini..
dan terbukti,hari ini merupakan hari tarbiah buatku..terima kasih Ya Allah,aku telah mendapat pengajaran diatas apa yang telah berlaku hari ini..

 "Ya Allah, jika ujian ini adalah tanda kecintaan-Mu kepadaku, maka aku terima dengan hati yang lapang dan aku bersyukur kepada-Mu, terima kasih Ya Allah melalui ujian-Mu ini aku lebih dekat dengan-Mu, hatiku sentiasa mengingati-Mu, aku tidak mahu merosakkan diriku lagi kerana diriku adalah pemberian-Mu, terima kasih Ya Allah

Ya Allah aku redha dengan ujian-Mu ini, sesungguhnya Kau lebih mengetahui apa yang terbaik untukku, terima kasih Ya Allah atas ujian-Mu ini. Hatiku kini hanya untuk-Mu, pimpinlah hatiku Ya Allah untuk sentiasa istiqamah dalam menerima perubahan diriku ini kerana sesungguhnya Ya Allah aku ingin mengejar ganjaran pahala dari-Mu dan syurga-Mu."

kaku tangan ku buat seketika saat aku terbaca ayat suci-MU ini dan air mata tidak dapatku bendung lagi

Firman Allah SWT,
Dan Kami akan uji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiya; ayat 35).

0 comments:

Post a Comment