Friday, November 20, 2015

Contengan 20/11/15


Bismillahirrahmanirrahim..

In the name of Allah the most gracious and the most merciful.

Assalamualaikum..



Lama sangat rasanya tak jenguk blog hidup segan mati tak mahu aku ni..haha Sepanjang tempoh ketiadaan ni dah macam-macam sangat yang jadi dalam hidup aku ni, ada yang sedih ada yang gumbira..huhu

Cakap pasal gembira ni, Alhamdulillah akhirnya aku dah berjaya tamatkan pengajian diperingkat diploma dan ditawarkan untuk melanjutkan pengajian diperingkat Ijazah dalam bidang yang sama macam diploma dulu iaitu perakaunan..syukur Alhamdulillah. Sekarang ni dah semester 2 di UUM. 

Seterusnya impian aku untuk ada online shop sendiri pun dah tercapai. Dah lama pasang angan-angan tu..hehe Alhamdulillah akhirnya tercapai jugak dan banyak lagi sebenarnya impian-impian kecil aku yang akhirnya Allah kabulkan. kalau nak tulis satu-satu tu tak mampu rasanya. Apa-apa pun, syukur Alhamdulillah..

Dan kalau cerita pasal sedih ni, malas sebenarnya nak cerita pasal sedih-sedih ni. tapi dah terlajak cerita, aku cerita la sikit yer..huhu yang paling sedih dan yang paling terkesan dalam  hidup aku ialah, pada Mac 2014 aku telah kehilangan nenda tercinta. Nenda, buah hati tempat aku bermanja dan bercerita saat rindu pada umi mengusik jiwa. Jiwa? usah ditanya saat itu antara patah dan luka. Tapi insyaallah aku redha. 

Haaaaaa..okay dah stop. tak boleh cerita banyak pasal sedih-sedih ni kang banjir pulak keyboard laptop aku ni..sapa nak tolong lap..haha

Okay lah rasanya, sampai sini je  la dulu. Till then,bye..Assalamualaikum..tak jawab dosa, kalau kalau jawab sayang..haha :D


 


0 comments:

Post a Comment