Saturday, November 21, 2015

Pengalaman sebagai pelajar UUM

Bismillahirrahmanirrahim..

In the name of Allah the most gracious and the most merciful..

Assalamualaikum


Tiba-tiba rasa seronok pulak nak tulis blog ni..rindu nak berblog macam dulu..dulu kalau boleh hari-hari rasanya nak tulis blog ni..hehe  Okay dah, berbalik pada tajuk kat atas tu, saja nak kongsi pengalaman sebagai student UUM ni. Sebenarnya untuk belajar kat UUM ni memang salah satu dalam wish list aku, dan Alhamdulillah akhirnya dapat jugak.

Pada mulanya, untuk masuk UUM ni aku isi kos finance and banking, tapi nak dijadikan cerita, sehari sebelum tarikh tutup permohonan UUM ni kawan aku Fern, aku tak ingat samada dia call atau whatsapp tanya aku mohon kos apa untuk kemasukan UUM sesi Februari ni, dan aku bagitahu la yang aku mintak kos finance and banking, lepastu dia tanya kenapa tak pilih kos akaun. Sebenarnya ada beberapa sebab aku tak pilih kos akaun ni, nanti aku cerita kenapa pada mulanya aku tak pilih kos akaun ni, tapi tu untuk entri lain kali la bukan kali ni..dan entah macam mana lepas Fern tanya aku tu, aku jadi tergerak hati untuk tukar balik permohonan..dan aku apply accounting as my first choice.

Dan tak lama lepas tu, lupa dalam sebulan lebih atau dua bulan aku dapat tahu yang permohonan aku untuk program ijazah sarjana muda perakaunan dengan kepujian ni akhirnya berjaya. syukur Alhamdulillah. dan orang yang paling gembira bila dapat tahu berita  ni mesti lah ayah. dan tak lama lepas dapat keputusan UUM ni, aku pun mendaftarkan lah diri sebagai pelajar kat UUM Sintok, Kedah ni.

Di UUM ni, aku di tempatkan di Dewan Penginapan Pelajar Sime Darby, atau singkatannya DPP Sime Darby. DPP ni kira macam kolej la, tempat pelajar tinggal. dan apa yang aku tahu, bagi pelajar yang aktif, contohnya masuk program, persatuan atau kelab,  setiap kegiatan mereka tu akan diberikan mata, kat UUM ni mata tu dipanggil sebagai sira. Sira tu la yang menentukan samada sem depan kau akan dapat stay kat DPP sama atau pun tak.

Kat sini, masa sem satu hari tu banyak jugak la program dan aktiviti yang aku join semata-mata nak kumpul sira ni. hehe seronok jugak sebenarnya join aktiviti dapat la release stress.. ye la kalau asyik study, duk berkurung je dalam bilik pun tak best jugak..sekali sekala join program ni dapat sikit release stress sambil dapat kenal ramai orang..hehe


p/s: Sebenarnya banyak lagi yang aku nak cerita tapi since ada kerja lain yang lebih penting untuk aku siapkan, jadi rasanya sampai sini je la dulu entri ni. Jumpa lagi di entri yang akan datang. Thanks for reading..Assalamualaikum 

0 comments:

Post a Comment