Assalamualaikum,,
22/09/2011
Hari ni aku tak de kelas,,tapi itu tidak bermakna I'm free..kerana pada hari ni bertempat di Dewan Jubli Perak telah diadakan satu ceramah untuk pelajar semester 1 dan 2 bersama Dato DR. Fadhilah Kamsah..Tajuknya ialah bagaimana untuk membentuk sahsiah pelajar..seperti yang diketahui umum beliau merupakan seorang pakar motivasi yang hebat..Beliau juga menceritakan pengalaman beliau dari seorang yang "zero" kepada hero..
Banyak input yang diperolehi melalui program tersebut dan insyaAllah dapat aku amalkan dalam kehidupan seharian ku..
Sebenarnya entri kali ini bukan lah ditulis untuk menceritakan pengalaman menghadiri program motivasi bersama Dato DR. Fadhilah Kamsah tetapi what's going on me after the program..insyaAllah input yang diperolehi semasa menghadiri program motivasi tersebut akan aku kongsikan bersama korang di lain entri..Aku janji..
Seperti yang dijanjikan,selepas tamat program tersebut,,aku dan kawanku, fern dah plan untuk ke pos mini depan politeknik kami..jarak antara pos mini tersebut dengan politeknik aku kira-kira 3-4 kilometer..dan kami bercadang untuk pergi ke pos ini itu menaiki teksi..
Malang sekali nasib kami,,tunggu punya tunggu,teksi yang dinanti tak jugak muncul-muncul..lalu aku putuskan agar kami berjalan kaki sahaja ke pos mini tersebut..aku bimbang andai lambat sampai,pos mini itu akan tutup..jika itu terjadi maka terlepas lah peluang untuk menghantar permohonan penting kami ni..
Mahu tidak mahu terpaksalah kami berjalan kaki..cuaca pada petang itu, Subhanallah, panas sekali..hampir separuh jalan kami berjalan,,kami didatangi oleh sebuah kereta kancil yang mengajak kami untuk tumpang mereka..lelaki pulak tu..jawapan nya,sudah tentu lah aku menolak.. aku bimbang, jika kejadian yang tidak diingini berlaku..Nauzubillah Ya Allah..
Akhirnya, sampai lah kami ke destinasi yang dituju sambil termengah-mengah dan keletihan...dan sekali lagi nasib malang menimpa kami,,apabila kami diberitahu oleh pekerja pos mini itu bahawa,,perkhidmatan pos laju untuk hari ini, telah selesai sehingga tengah hari tadi sahaja..
Sungguh aku katakan,,hampa sekali perasaan ketika itu,kata pekerja pos mini itu lagi,kalau benar kami mahu menghantar surat tersebut,,kami mestilah menghantarnya di pejabat pos Keterah..Jarak antara pejabat pos tersebut dengan politeknik aku agak jauh..dan tidak memungkin kan aku untuk kesana dengan berjalan kaki..
Fern,resah sekali saat itu,dan aku terfikir,"Fern apa kata kita minta tolong Syamim untuk hantar kita kesana"..Fern bersuju..Syamim adalah budak kelas aku..Fern call Syamim..dan tanpa banyak soal Syamim bersetuju untuk menghantarkan kami.Terima kasih Syamim,,terima kasih..
..ni la fern dan syamim yang aku maksudkan.. |
Harap-harap ni adalah pengalaman pertama dan terakhir sebegini...
0 comments:
Post a Comment