Bismillahirramanirrahim
In the name of Allah the most gracious and the most merciful
Assalamualaikum
Ha.. kalau baca tajuk pun mesti dah tahu kan aku nak cerita pasal apa..life as a degree student, kehidupan aku sebagai student ni degree sekarang ni. Sebenarnya, kehidupan sebagai seorang student degree ni tak lah seindah seperti yang aku bayangkan. Tak indah tu, sebab kena berjauhan dengan family je sebenarnya..hehe Tu lah umur 22 baru nak belajar keluar rumah, belajar jauh-jauh.. jauh tu tak de la jauh mana sebenarnya, masih lagi dalam semenanjung Malaysia, dan bukannya Sabah Sarawak.
Pada mulanya memang susah untuk aku sesuai kan diri kan tempat orang ni, tambah-tambah lagi bila masuk UUM ni aku tak de ramai kawan, most of time aku banyak sendiri, tapi dari situ jugaklah aku belajar untuk struggle, survive dan belajar berdikari. Pergi kelas sorang-sorang, makan kat kafe sorang-sorang, naik bas pun sorang-sorang dan semua benda sorang-sorang lah. Sedih gila kalau ingat balik masa first2 tu. Dah la dengan homesick bagai masa tu, but my life change after 1 month later. Lepas 1 bulan kat UUM ni baru lah aku ada roommate. Rommate aku orang Terengganu. Jadi lepas tu tak de la aku pergi kafe sorang-sorang lagi, ada la jugak yang teman aku untuk makan, dan bila duduk dalam bilik tu tak de la aku mereput sorang-sorang ada la jugak teman sembang.
Dari segi pembelajaran pulak memang jauh berbeza dengan masa diploma dulu. Kalau dulu, kau tak faham certain bab tu kau boleh suruh lecturer tu ulang balik bab tu bila dalam next class tapi sekarang jangan harap kau boleh wat cam tu. Pembelajaran pulak fully english, dan dalam kelas aku akan ada student International. Student international ni bergantung pada universiti tu jugak, ada yang ada, ada yang tak de. Dan subjek-subjek masa degree ni pun makin tough jika nak dibandingkan degan masa diploma dulu. Kalau masa diploma dulu, pelajar akan sentiasa di'suap' oleh lecturer, maksudnya segala nota-nota pembelajaran lecturer akan bekalkan, tapi bila masa degree ni banyak notes2 yang perlu dicari sendiri.
Dari segi pengangkutan pulak, macam aku untuk ke kelas atau ke pekan universiti aku memang sediakan kemudahan bas untuk pelajar. Cerita pasal bas ni, kat sini adalah satu pemandangan biasa bila kau lihat pelajar perempuan kejar bas sambil pakai baju kurung atau jubah. Aku la tu..haha Eh, tapi sebenarnya budak perempuan lain pun sama okay. Keadaan dalam bas terutamanya pada waktu puncak boleh diibaratkan seperti ikan sardin dalam tin tunggu masa nak meletup..haha Nak2 pulak yang jenis size petite macam aku ni, jawabnya duk bawah ketiak orang je memanjang. Dalam bas pulak kena berhimpit-himpit. Paling horror bila duduk himpit-himpit ni mula lah keluar aroma-aroma yang kurang menyenangkan. Oh My Allah boleh pengsan kalau terhidu yang tu. Sabar je lah. Paling aku tak suka dah la kena berhimpit-himpit, lepas tu time tu la jugak ada orang boleh sembang kemain, dia punya sembang tu macam tak de hari esok, suara pulak jenis tak reti nak slow. Ai, rasa macam nak ketuk je kepala diorang ni..(ha,,nampak tak garang disitu :-P)
Bersambung..