Monday, March 5, 2012

Welcome dear =D

in the name of Allah the most gracious and the most merciful..
Assalamualaikum,,

Alhamdulilah,Alhamdulillah,Alhamdulillah
after 9 months..and it's the time..akhirnya kak long telah selamat melahirkan bayi sulungnya pada jam 11 pagi tadi..



comel kan? moga jadi anak solehah yer sayang...


Thursday, January 12, 2012

Entri tahun baru

in the name of Allah the most gracious and the most merciful
Assalamualaikum,,

Catatan pertama ditahun baru,,setelah hampir sebulan menyepikan diri,,banyak cerita dan banyak isu yang ingin dikongsi,namun sering dibelenggu dengan polemik masa..melangkah ke semester dua,merupakan satu cabaran buatku..benarlah kata senior-senior,,semester dua merupakan semester yang paling mencabar..

Terfikir sendiri mampukah impian untuk menjadi one of dean's list student tercapai..

melangkah ke tahun 2012 diharap dapat memberi satu permulaan yang baru dalam persahabatan,namun,harapan itu kelihatan samar apabila tahun 2012 mencetus konflik baru antara aku,kak sal,ayu dan anim..pusing memikirkan masalah mereka..masing-masing tidak mahu mengalah..mahu mempertahankan ego kononnya..entah lah..mereka buat aku jadi lelah..memang aku dan mereka tiada masalah,aku sekadar orang tengah..
menjadi orang tengah bukan kerja mudah..benar..banyak hati perlu dijaga..=(

tahun 2012,aku ingin berubah..
ingin jadi a better abd to my creator
a better daughter to my father,
a better sister to my sisters and brothers
a better student to my lecturers,
a better friend to my bestfriend,
and better someone to everyone..=D


NOTA: setiap kali tahun baru,,azam aku nak jadi a better someone,,tapi semua ni buat aku terfikir..nak jadi baik dari segi apa ye?

Wednesday, December 14, 2011

Bebas..

in the name of Allah the most gracious and the most merciful

Assalamualaikum,,



Alhamdulillah,,saya gembira..
saya sudah bebas
bebas dari apa??
Jangan la tanya

Nota:Target utama saya sekarang,upgrade kan iman,tambahkan                     
     senyuman..dan hidup dengan riang..peace no war!!


Tuesday, December 13, 2011

aku tunggu hari itu..

in the name of Allah the most gracious and the most merciful

Assalamualaikum,,


Pada hari itu,
ingin ku katakan dengan indah
Tidak mahu lagi jadi orang yang last
walau bukan yang pertama aku tidak kisah
asal bukan lagi yang terakhir..


Ya Allah,,
Aku menghitung hari..
tanpa penat dan lelah
bimbang takut terlepas seperti tahun-tahun sudah..

Nota : Duhai jiwa yang mungkin sudah berubah,,bisakah engkau mendengar?

Sunday, December 11, 2011

Puisi Zahiril Adzim untuk isteri

in the name of Allah the most gracious and the most merciful

Assalamualaikum..

Sedang aku berjalan dari satu blog ke satu blog akhirnya menemukan aku dengan sebuah puisi,,puisi dari Zahiril Adzim untuk isterinya..
puisi yang cukup indah dari seorang suami untuk seorang isteri,,jadi disini aku kongsikan puisi ini untuk tatapan kalian..







Puisi Zahiril buat Isteri,Shera:
“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.
Isteriku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.”

Nota: Andai saja bakal "imamku" juga dapat menulis puisi seperti ini..hehehe
gatal jugak aku ni rupanya..tapi tak salahkan kalau aku memasang impian,,siapa tahu esok lusa Allah kabulkan..=D

Pengakhiran yang hampir sempurna

in the name of Allah the most gracious and the most merciful..

Assalamualaikum,,

Alhamdulillah,,Alhamdulillah,,Alhamdulillah
All the hard works and all panda eyes seem worthwhile..
Syukur Alhamdulillah..

Teringat peritnya untuk menghabiskan 5 bulan ni,penuh suka,duka dan air mata..
masih terbayang dibenakku,, tentang episod 3 minggu dengan air mata..
saat itu benar-benar menguji ku
bagaimana presentation microeconomics dikritik macam sampah,,
bagaimana bila semua assingment dan projek komputer hilang dan 
bagaimana terpaksa menyudahkan assingment bekumpulan sendirian saat orang lain lena diulit mimpi 
dan bila buku akaun,mikroekonomi dan statistik hilang tanpa jejak..
paling perit bila mana imanku mencanak turun,,
berminggu-minggu aku dapat rasakan yang hatiku tidak aman..tercari-cari kenapa semua ini berlaku,,
terasa kosong,,tidak sempurna dan tidak lengkap
hanya mampu menangis sendiri
mungkin pada pandangan duniawi aku kelihatan biasa sahaja
tapi sebenarnya hatiku menangis 
menangis mencari damai yang hilang..
namun tatkala bermuhasabah tentang hati,,maka tahu lah aku tentang puncanya..puncanya hatiku jauh..
jauh dari Maha Pencipta..
aku sering melupakan-Nya walaupun Dia sekalipun tidak pernah
melupakan aku..Dear Allah thanks for being there when nobody 
else was..


nota:
1.Antara sebab iman berkurang ialah tidak jaga hati,tidak jaga percakapan dan tidak jaga ikhtilat..Sungguh aku akui nak jaga ikhtilat itu agak susah..nak jaga ikhtilat dalam kehidupan sebenar lebih senang berbanding nak jaga ikhtilat dalam alam maya..

2.kawan-kawan maaf jika saya ada tersalah bicara sepanjang menulis entri ni,maaf juga andai ada hati yang tersakiti dan mohon maaf andai ada hak yang tidak tertunai..

3.Mohon teguran atas segala kesilapan..syukran..moga Allah kasih


4.pointer sem 1 3.46..dean list tak lepas..so close,but yet so far..tepuk dada dan sebut,Alhamdulillah.. Allah always be with us..All is well,All is well..=)

Saturday, December 10, 2011

PMS-negara

in the name of Allah the most gracious and the most merciful

Assalamualaikum,,

Aik,,kenapa saya sebut PMS-negara..masakan negara juga punyai masalah seperti kaum hawa..hahaha..Oh,maaf itu sekadar kiasan sahaja..apa yang saya maksudkan adalah dilema politik negara kita yang sedang menghadapi PMS agaknya. Pelbagai isu provokasi dan kontroversi..Ah,,hebat sekali. Moga-moga dalam kitaran baru nanti, tiada senggugut melanda dan hasilnya selepas kitaran baru akan muncul seorang yang bijak dan gagah. Bukannya yang kurang pandai dan lemah. Oh. Sinikal sekali bunyinya. Hehehe.Ok.Mahu angkat kaki dulu. Nanti saya diserbu.:) 

Nota:" Kita saudara sesama Islam ni tak perlulah rasanya untuk memaki hamun.. bertelagah..bertekak..kutuk-mengutuk sesama sendiri..HANYA KERANA ISU POLITIK..Kebanyakan begitulah dalam FB ni..MENCARUT-CARUT..Sampai tak sanggup nak baca..Memalukan..MASING2 TAK MAHU MENGALAH..EGO..SEOLAH2 NAK TUNJUK AKU LAH HEBAT !!! Saya nak tanya..Apa yg kalian dapat? KEPUASAN kah??? Atau hanya PUBLISITI MURAHAN YG KALIAN CARI ???Cuba duduk sebentar dan muhasabah..KALAU RASULULLAH MASIH ADA..DAN TENGOK UMATNYA BEGINI..PASTI BAGINDA SEDIH DAN KECEWA..Allah..Allah..Allah..

copied from status FB - Syuhada Mujahiddah - UNTUK DIFIKIRKAN"


credit untuk: dr sarah,syuhada mujahiddah