Showing posts with label LOVE. Show all posts
Showing posts with label LOVE. Show all posts

Sunday, December 6, 2015

PMS





Bismilahirrahmanirrahim..

In the name of Allah the most gracious and the most merciful 

Assalamualaikum


Perempuan ni kan bila hampir atau sedang period, mood diaorang susah nak dijangka. Ada je benda yang tak kena..rasa nak marah, tapi tak tahu nak marah kat sapa. rasa sedih nak menangis tapi tak tahu pasaipa..semua rasa yang pelik-pelik tu dia mai la time ni.. Rasa ni sama macam aku alami sekarang ni, rasa sedih nak menangis, tapi tak tahu sebab apa..PMS oh PMS..but it's not something that I choose to have. Benda ni something yang aku tak boleh nak control, bila hormon dalam badan tak stabil. 

Sebenarnya, bila tiba waktu nak haid.  Bukan sahaja "angin" tak tentu pasal. Tapi dia mula la sakit itu sakit ini.. Macam aku, kalau nak period selalunya, sakit tulang belakang, sakit perut, loya dan sakit kat bahagian dada.

Benda ni normal sebenarnya untuk semua perempuan, macam kawan aku, diorang ada cita gak la, kalau time sebelum atau semasa period diorang pun akan rasa nak marah tapi tak tahu sebab apa, dan biasanya orang yang selalu jadi mangsa untuk diorang lepaskan kemarahan ialah boyfriend diorang la..haha Kalau dapat boyfriend yang jenis faham tak pe la. tapi kalau dapat yang jenis sama, jenis buruk perangai mula lah start perang dunia kedua.  

Dan aku harap one fine day, bila aku dah ada pasangan, harap-harapnya pasangan aku ni jenis yang memahamilah. Jadi tak de lah tiap-tiap bulan tu asyik world war 2 je..Kalau tiba-tiba aku marah tak semena, menangis entah apa-apa dan tiba-tiba gedik mengada. Faham-faham lah ye tu maknanya saya sedang PMS..haha



p/s: Well boy, it's the bitter truth, whether you like it or not. It's women nature.
Dah Tuhan cipta perempuan macam tu. Sebagai lelaki kau kena la, listen to their rants, keep them smiling and their period day will brighten up like sun brighten the earth. Hagitu.

Sunday, April 1, 2012

Big girl don't cry


Don't waste your time on things that only hurt you, and remember to forget those who forgot you..

Sometimes there's a hell in every hello. Be careful. There's a good in every goodbye. Be grateful. 

Sunday, December 11, 2011

Pengakhiran yang hampir sempurna

in the name of Allah the most gracious and the most merciful..

Assalamualaikum,,

Alhamdulillah,,Alhamdulillah,,Alhamdulillah
All the hard works and all panda eyes seem worthwhile..
Syukur Alhamdulillah..

Teringat peritnya untuk menghabiskan 5 bulan ni,penuh suka,duka dan air mata..
masih terbayang dibenakku,, tentang episod 3 minggu dengan air mata..
saat itu benar-benar menguji ku
bagaimana presentation microeconomics dikritik macam sampah,,
bagaimana bila semua assingment dan projek komputer hilang dan 
bagaimana terpaksa menyudahkan assingment bekumpulan sendirian saat orang lain lena diulit mimpi 
dan bila buku akaun,mikroekonomi dan statistik hilang tanpa jejak..
paling perit bila mana imanku mencanak turun,,
berminggu-minggu aku dapat rasakan yang hatiku tidak aman..tercari-cari kenapa semua ini berlaku,,
terasa kosong,,tidak sempurna dan tidak lengkap
hanya mampu menangis sendiri
mungkin pada pandangan duniawi aku kelihatan biasa sahaja
tapi sebenarnya hatiku menangis 
menangis mencari damai yang hilang..
namun tatkala bermuhasabah tentang hati,,maka tahu lah aku tentang puncanya..puncanya hatiku jauh..
jauh dari Maha Pencipta..
aku sering melupakan-Nya walaupun Dia sekalipun tidak pernah
melupakan aku..Dear Allah thanks for being there when nobody 
else was..


nota:
1.Antara sebab iman berkurang ialah tidak jaga hati,tidak jaga percakapan dan tidak jaga ikhtilat..Sungguh aku akui nak jaga ikhtilat itu agak susah..nak jaga ikhtilat dalam kehidupan sebenar lebih senang berbanding nak jaga ikhtilat dalam alam maya..

2.kawan-kawan maaf jika saya ada tersalah bicara sepanjang menulis entri ni,maaf juga andai ada hati yang tersakiti dan mohon maaf andai ada hak yang tidak tertunai..

3.Mohon teguran atas segala kesilapan..syukran..moga Allah kasih


4.pointer sem 1 3.46..dean list tak lepas..so close,but yet so far..tepuk dada dan sebut,Alhamdulillah.. Allah always be with us..All is well,All is well..=)

Tuesday, November 15, 2011

Untuk kamu yang tidak aku ketahui siapa





"Lelaki paling hensem"

Assalammualaikum wrt wbt..
Buatmu,
Bakal suamiku,

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.

Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aisyah R.A ;

“sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.

Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?

Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.

Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.

Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.

Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

Dariku, 

Bakal isterimu



nota kaki:


1.Selalu berdoa,supaya suatu hari nanti Allah pertemukan saya dengan seorang lelaki sama macam ayah,,eh silap,,bukan sama tapi hampir sama..lelaki yang dapat memimpin saya dan bakal anak-anak saya menuju ke syurga,lelaki yang sanggup terima kekurangan saya,setia disamping saya walaupun masa tu saya dah tak cantik seperti di awal perkenalan dulu..=D


2.Harap bersabar untuk menghabiskan pembacaaan entri kali ini..mungkin terlalu panjang..tapi InsyaAllah bermanfaat..
entri ni 100% di copy n paste dari facebook..dan credit untuk Rusydee Art,,sebab gambar kat atas tu pun di ambil daripada facebook dia..

Saturday, November 12, 2011

putus cinta

in the name of allah the most gracious and the most merciful..


Assalamualaikum..


Entah mengapa laju rasanya tangan ini untuk menulis entri berkaitan putus cinta..Ah,,jangan salah sangka dengan tajuk di atas..Bukan aku yang sedang mengalami saat itu..tapi sekadar ingin berkongsi titipan rasa..masakan aku sedang putus cinta,,bercinta pun aku tidak pernah..


Untuk kamu yang sedang putus cinta,,

Putus cinta bermaksud,Allah memutuskan kasih antara kamu dan dia supaya kamu dapat bercinta dengan DIA pula..



"La Tahzan". Jangan Bersedih. InsyaAllah Allah gantikan yang lebih baik



tidak perlu terlalu bersedih. Cinta itu milik Allah. Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya. Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu.



Raihlah cinta ilahi,
kerana cinta Allah takkan mengecewakan kita.


Ingat,,lelaki mana yang datang kepada si perempuan untuk tujuan bercinta dan bukannya untuk berkahwin, maka lelaki itu adalah fasiq. Berbeza jika lelaki itu datang untuk melamarnya dan meminta izin dengan ibubapa perempuan tersebut, maka lelaki itu jauh lebih beragama dan bermaruah.

jAdI MuLaI sEkArANg:

Stop looking for love, let it find you. Usually, when you look for it, you find it in all the wrong places & the wrong people. That's why you have all of those failed relationship attempts, that's why you always have your heart broken. When you least expect it, love will find you & it's gonna feel amazing 'cause this time, you didn't try to find someone, someone found you. 






nota kaki : Sudah lama rasanya aku tidak menulis sesuatu yang dapat memberikan manfaat..sejak akhir-akhir ini aku hanya menulis entri berkaitan dengan aktiviti seharian  dan kisah-kisah tentang diriku sahaja..rindu rasanya untuk menulis entri seperti mula-mula aku memulakan langkah dalam dunia penulisan ini..