Friday, November 20, 2015

Contengan 20/11/15


Bismillahirrahmanirrahim..

In the name of Allah the most gracious and the most merciful.

Assalamualaikum..



Lama sangat rasanya tak jenguk blog hidup segan mati tak mahu aku ni..haha Sepanjang tempoh ketiadaan ni dah macam-macam sangat yang jadi dalam hidup aku ni, ada yang sedih ada yang gumbira..huhu

Cakap pasal gembira ni, Alhamdulillah akhirnya aku dah berjaya tamatkan pengajian diperingkat diploma dan ditawarkan untuk melanjutkan pengajian diperingkat Ijazah dalam bidang yang sama macam diploma dulu iaitu perakaunan..syukur Alhamdulillah. Sekarang ni dah semester 2 di UUM. 

Seterusnya impian aku untuk ada online shop sendiri pun dah tercapai. Dah lama pasang angan-angan tu..hehe Alhamdulillah akhirnya tercapai jugak dan banyak lagi sebenarnya impian-impian kecil aku yang akhirnya Allah kabulkan. kalau nak tulis satu-satu tu tak mampu rasanya. Apa-apa pun, syukur Alhamdulillah..

Dan kalau cerita pasal sedih ni, malas sebenarnya nak cerita pasal sedih-sedih ni. tapi dah terlajak cerita, aku cerita la sikit yer..huhu yang paling sedih dan yang paling terkesan dalam  hidup aku ialah, pada Mac 2014 aku telah kehilangan nenda tercinta. Nenda, buah hati tempat aku bermanja dan bercerita saat rindu pada umi mengusik jiwa. Jiwa? usah ditanya saat itu antara patah dan luka. Tapi insyaallah aku redha. 

Haaaaaa..okay dah stop. tak boleh cerita banyak pasal sedih-sedih ni kang banjir pulak keyboard laptop aku ni..sapa nak tolong lap..haha

Okay lah rasanya, sampai sini je  la dulu. Till then,bye..Assalamualaikum..tak jawab dosa, kalau kalau jawab sayang..haha :D


 


Wednesday, September 12, 2012

Wordless Wednesday-Mine#2




Friday, August 10, 2012

Humble vs Arrogant




"Skills win u medals, but attitude win hearts."
=)

Wednesday, August 1, 2012

19 tahun 1 bulan..:)

in the name of Allah the most gracious and the most merciful
Assalamualaikum..

Alhamdulillah
pejam celik,pejam celik sudah genap 19 tahun 1 bulan
rupanya..terima kasih Allah untuk usia yang telah Engkau berikan dan terima kasih juga untuk nikmat hidup,nikmat iman dan nikmat islam yang engkau kurniakan..

19 tahun yang banyak sia-sia..
moga selamat dari neraka..


to those who did wish on my birthday..thank you so much..
agak terharu bila kawan lama still ingat lagi untuk wish time birthday aku,even the wish is as short as "SHL" ..:)

usia 19 tahun yang disambut dengan penuh sederhana
tiada kek mahupun nyanyian lagu..:)

27/06/2012
*Notification fb penuh dengan wish dari teman-teman
*thanks farah,eka sebab sudi teman aku jalan-jalan 
pusing satu kb mall sampai lenguh kaki..hehe
dan terima kasih untuk pak cik sebab dah hadiahkan saya 
buku tu..=D


19 is big number

p/s: maaf,,entri lewat sebulan..bukan tiada masa 
tapi aku kering idea..

Tuesday, July 31, 2012

ujian

in the name of Allah the most gracious and the most merciful 

Assalamualaikum..

Ujian..kerana Allah mahu mendidik hati agar tabah dan sabar..
Allahurabbi..='(
terkadang rasa tak mampu,,tapi Alhamdulillah Allah bantu..

p/s:jiwa bangun lah dari lena..




Friday, June 8, 2012

Catatan rambang di semester 2!!

In the name of Allah the most gracious and the most merciful..
Assalamualaikum warahmatullah hi taala wabarakaatuh wa maghfiratuh..(punya la panjang bagi salam..ye la nak qada salam selama aku tak update ni..)

Dah lama sangat aku tak update,,jadi hari ni aku come out dengan new entri to prove that tuan belog ni masih bernyawa..Alhamdulillah..=)

1. Melangkah ke semester dua ibarat membuka kisah hikayat 1001 malam.Kisah gelak tawa dan nangis bersama housemate aku yang sememangnya "gila-gila",juga kisah impian pensyarah dan usaha aku bersama gang-gang Dat untuk mencapai cita-cita..

2.Pertengahan semester 2,aku dipilih untuk mewakili kelasku dalam Pertandingan pidato bagi jabatan perdagangan..Ya Allah,,aku punya lah nervous kemain pada hari pertandingan tu..ye la, ni first time aku join pertandingan pidato..Aku tak bagitahu ayah pun yang aku masuk pertandingan ni..aku takut kalau ayah expect tinggi supaya aku menang..dipendekkan cerita lastly aku dapat tempat ketiga..Alhamdulillah..it's all about rezeki dan lucky la..memang tak expect pun untuk dapat sebarang tempat pada hari tu..

3. Selain itu,,pertengahan semester 2,,jadual punya la pack tahap tak ingat dunia..ditambah pulak dengan test,dan quiz yang datang silih berganti..tu tak masuk lagi dengan assingment yang bertimbun mengalahkan gunung kinabalu..(ok,,ayat hiperbola disitu)..

4. Dan di semester 2 ni jugak lah aku dapat merasa pengalaman pertama bekerja..nak tau aku kerja ape?.
kerja tukang cuci kereta..ala-ala cerita gadis cuci kat astro ria tu..macam tu lah aku..tapi aku ni,,kira gadis cuci versi muslimah  sikit kot..sopan dan ayu gitu..hahaha

5. Final exam berbaki sebulan..tetiba je ada sorang kawan aku ni buat hal,tak nak kawan dengan aku..
sedih?? definately la..samapai hati awak tak nak kawan dengan saya..dan sebab hal ni lah berhari-hari jugak aku menangis..sampai hati awak tak nak kawan dengan saya..wa!!(nangis gila-gila)..orang nampak aku kuat,tapi cengeng jugak sebenarnya..

6. Kelas terakhir bersama Puan Hawani iaitu pensyarah aku yang paling sempoi dan paling best lah..dan dia mengajar kelas aku untuk dua semester berturut-turut..last day kelas dengan dia,aku memang langsung tak boleh nak fokus dalam kelas..entah,,rasa sedih semacam..hari tu aku ingatkan aku sorang je yang terover feeling,tapi boleh dikatakan hampir semua classmate aku rasa apa yang aku rasa,maka tak hairan lah buat kali pertama kami satu kelas dah pecahkan rekod apabila hampir satu kelas nangis secara berjemaah..sebenarnya,hari tu,kami bukan sengaja nak berdrama queen,tapi perasaan sebak tu hadir secara semulajadi..kalau emosi tu ada remote control,dah lama aku tekan butang "switch off"..malu kot nangis depan orang..

7. Dan penutup kisah semester 2 apabila aku antara dean's list student..Alhamdulillah..
dan tentunya orang yang paling gembira bila dapat tahu berita ni ialah ayah..selain itu,,aku bersyukur sangat sebab salah satu daripada subjek yang aku dapat 4flat ialah subjek makroekonomi..
subjek Puan Hawani tu weyh..





verily after each difficulty,
there's a relief..i.Allah

P/s:Ok lah,sekian saja catatan rambang sepanjang semester 2 ni..
Assalamualaikum,tak jawab dosa..kalau jawab sayang..=D

Sunday, April 1, 2012

Big girl don't cry


Don't waste your time on things that only hurt you, and remember to forget those who forgot you..

Sometimes there's a hell in every hello. Be careful. There's a good in every goodbye. Be grateful.