In the name of Allah the most gracious and the most merciful..
Assalamualaikum warahmatullah hi taala wabarakaatuh wa maghfiratuh..(punya la panjang bagi salam..ye la nak qada salam selama aku tak update ni..)
Dah lama sangat aku tak update,,jadi hari ni aku come out dengan new entri to prove that tuan belog ni masih bernyawa..Alhamdulillah..=)
1. Melangkah ke semester dua ibarat membuka kisah hikayat 1001 malam.Kisah gelak tawa dan nangis bersama housemate aku yang sememangnya "gila-gila",juga kisah impian pensyarah dan usaha aku bersama gang-gang Dat untuk mencapai cita-cita..
2.Pertengahan semester 2,aku dipilih untuk mewakili kelasku dalam Pertandingan pidato bagi jabatan perdagangan..Ya Allah,,aku punya lah nervous kemain pada hari pertandingan tu..ye la, ni first time aku join pertandingan pidato..Aku tak bagitahu ayah pun yang aku masuk pertandingan ni..aku takut kalau ayah expect tinggi supaya aku menang..dipendekkan cerita lastly aku dapat tempat ketiga..Alhamdulillah..it's all about rezeki dan lucky la..memang tak expect pun untuk dapat sebarang tempat pada hari tu..
3. Selain itu,,pertengahan semester 2,,jadual punya la pack tahap tak ingat dunia..ditambah pulak dengan test,dan quiz yang datang silih berganti..tu tak masuk lagi dengan assingment yang bertimbun mengalahkan gunung kinabalu..(ok,,ayat hiperbola disitu)..
4. Dan di semester 2 ni jugak lah aku dapat merasa pengalaman pertama bekerja..nak tau aku kerja ape?.
kerja tukang cuci kereta..ala-ala cerita gadis cuci kat astro ria tu..macam tu lah aku..tapi aku ni,,kira gadis cuci versi muslimah sikit kot..sopan dan ayu gitu..hahaha
5. Final exam berbaki sebulan..tetiba je ada sorang kawan aku ni buat hal,tak nak kawan dengan aku..
sedih?? definately la..samapai hati awak tak nak kawan dengan saya..dan sebab hal ni lah berhari-hari jugak aku menangis..sampai hati awak tak nak kawan dengan saya..wa!!(nangis gila-gila)..orang nampak aku kuat,tapi cengeng jugak sebenarnya..
6. Kelas terakhir bersama Puan Hawani iaitu pensyarah aku yang paling sempoi dan paling best lah..dan dia mengajar kelas aku untuk dua semester berturut-turut..last day kelas dengan dia,aku memang langsung tak boleh nak fokus dalam kelas..entah,,rasa sedih semacam..hari tu aku ingatkan aku sorang je yang terover feeling,tapi boleh dikatakan hampir semua classmate aku rasa apa yang aku rasa,maka tak hairan lah buat kali pertama kami satu kelas dah pecahkan rekod apabila hampir satu kelas nangis secara berjemaah..sebenarnya,hari tu,kami bukan sengaja nak berdrama queen,tapi perasaan sebak tu hadir secara semulajadi..kalau emosi tu ada remote control,dah lama aku tekan butang "switch off"..malu kot nangis depan orang..
7. Dan penutup kisah semester 2 apabila aku antara dean's list student..Alhamdulillah..
dan tentunya orang yang paling gembira bila dapat tahu berita ni ialah ayah..selain itu,,aku bersyukur sangat sebab salah satu daripada subjek yang aku dapat 4flat ialah subjek makroekonomi..
P/s:Ok lah,sekian saja catatan rambang sepanjang semester 2 ni..
Assalamualaikum,tak jawab dosa..kalau jawab sayang..=D
Assalamualaikum,tak jawab dosa..kalau jawab sayang..=D