Wednesday, August 31, 2011

happy independence day malaysia!!!

"Perjuangan kaum tu bukanlah bererti yang kita ni racist. Dan memeperjuangkan kaum bukan bererti kita tak mempedulikan agama. Agama dan kaum adalah suatu benda yang complimentary. Perjuangkanlah kedua-duanya kerana itulah identiti kita."


"Selamat Hari Kebangsaan. Dan bukankah fitrah manusia itu bersih dari prejudis dan penindasan."-->matluthfi90




Happy 54th Independence Day..
Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 54. kekalkan keamanan negara, jangan biarkan penjajahan berlaku sekali lagi… usia negara kita masih terlalu muda kalau nak dibandingkan dengan usia negara kita dijajah

akhir kata,,selamat menyambut hari kemerdekaan kali ke-54,semoga negara kita semakin maju dan aman damai..Aminn..-->owner of da blog..

Tuesday, August 16, 2011

rindu,,rindu,,rindu

in the name of Allah the most gracious and the most merciful..

Assalamualaikum,,

Ya Allah,,sungguh aku teramat rindu untuk meng-update belog aku yang tidak seberapa ini..Masa dan line internet yang agak slow tahap gaban kat kampus aku ni menyebabkan aku  langsung tidak berminat untuk meng-update belog..sehinggalah hari ini..ah,,,finally terhasil lah entri yang entah apa2 ni..

assingment aku yang bertimbun-timbun itu,tidak memungkinkan aku untuk meng-update belog ni..tak sudah satu assingment,datang pulak satu lagi assingment..aduh,,semput aku dibuatnya..tambah-tambah kalau assingment aku yang kuasa dua tu kena hantar pada date yang sama..maka bertambah-tambah lah kesemputan aku ..

tak cukup dengan assingment aku yang bertimbun tu,, disuruh pulak aku buat presentation..fuh,,alamatnya terpaksa lah mata ni duk celik sampai ke pagi..

kesibukan aku tidak berhenti setakat,assingment dan presentation itu sahaja,,setiap minggu wajib ada kuiz..mahu tidak mahu kena la study..kalau tak study macam mana nak score fullmark..

pernah dalam satu hari,,aku kena hantar assingment principle of marketing,,kena buat presentation for english communicative and quiz for statistic..aduh,,nak pecah rasanya kepala aku ni..nak menangis pun ada..ye la penat kot..everything nak kena siapkan dalam masa satu masa..

tapi harus aku akui inilah cabaran dan dugaan yang perlu dilalui oleh setiap insan yang belajar..bukankah pepatah ada mengatakan bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian...

so,aku rasa setakat ni sahaja entri aku untuk kali ini,,see you next time..Assalamualaikum..

Tuesday, June 21, 2011

Biarkan Cinta Itu Terus Diam..

Biarkan CINTA ITU TERUS DIAM~

Bila belum sedia melangkah lebih jauh dgn seseorang, cukup cintai ia dalam diam. Kerana diammu adalah BUKTI CINTAMU padanya. Kau ingin memuliakan dia, dgn tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang. Kau tidak mahu memusnahkan kesucian dan penjagaan hatinya..

Kerana diammu memuliakan KESUCIAN DIRI DAN HATIMU. Menghindarkanmu dari hal-hal yang akan memusnahkan IZZAH dan IFFAHmu. Kerana diammu BUKTI KESETIAANMU padanya. Kerana mungkin saja orang yang kau cintai adalah juga orang yang telah Allah pilihkan untukmu..

Kerana dalam diammu tersimpan kekuatan. KEKUATAN HARAPAN hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu DAPAT BERBICARA DI ALAM NYATA. Biarkan cinta dalam diammu itu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu..

Sunday, June 19, 2011

happy father's day..

in the name of Allah,the most gracious and the most merciful..
Assalamualaikum,,

frankly speaking,,aku tak tahu bila sebenarnya specific tarikh for father's day..so,ada sesiapa tak yang nak tolong aku..tapi tak kisah lah bila tarikhnya,,sebab bagi aku setiap hari merupakan hari bapa..

my lovely ayah fi dunia wal akhirat


for my super duper hero,,iaitu ayah saya, Mohd Noor Bin Othman..thanks for being a great Ayah for your children..there's no one can love me as much as you do...


Friday, June 17, 2011

If he meants for me~~

O ALLAH,
If he’s meant for me
and i meant for him
Let us be together through ijabkabul.
O ALLAH,
If we are not meant to be together
Please avoid us from
seeing one another.
O ALLAH
If he’s the right person for me
let his iman be the one that I adores
and let him make my way easier to Jannah.
O ALLAH
If he’s not the right one for me,
show him the right way
so that he can lead others instead.







Thursday, June 16, 2011

Alhamdulillah

in the name of ALLAH,the most gracious and the most merciful~~

Assalamualaikum,,

Alhamdulillah,,tiada kata yang mampu aku lafazkan selain rasa kesyukuran terhadap-Mu ya Allah..akhirnya tawaran yang ditunggu muncul juga..tapi kini hatiku mulai berbelah bagi..

Ya Allah, aku memohon kebaikan dengan ilmu-Mu dan aku juga memohon ketetapan dengan ketetapan yang bersandarkan kurniaan-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini adalah baik untukku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan datang), maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andaikata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan akan datang), maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya...Aminn..



Sunday, June 12, 2011

post ni tak de tajuk

in the name of allah the most gracious and the most merciful~~

Assalamualaikum,,

sebenarnya kepala aku otak aku ni tengah blurr sket,,tajuk ape la yg sesuai untuk post aku pada malam ni..fikir punya fikir..tak jugak jumpa-jumpa..so,,aku namakan  post hari ni sebagai post tak de tajuk..

dan hari ini aku ade something yang aku rase best untuk aku kongsikan bersama korang..

1stnya,,mase tgh duk on9 fb ada seorang budak ni tanya aku..cantik gambar prof. pic,adik ke tu?
soalan ni tu buat aku tergelak sampai nak berguling-guling rasanya..ye la mane taknya anak brad pitt dan angie jolie tu dia kata adik aku..lucukan..tapi aku faham dia tu seorang yang kaki buku,mana la nak layan cerita-cerita retiss ni,,tak macam aku,semua retiss aku kenal..al-maklumlah tebiat orang perempuan suka  benor belek ruangan gosip-gosip ni..

gambar tiada kaitan..

kalau soalan tadi buat aku tergelak sambil berguling-guling,,tapi untuk soalan ni..entah la.tak.tahu la komen ape..korang just layan jer la soalan daripada seorang mamat ni..
*nama mamat ni terpaksa aku rahsiakan atas sebab-sebab tertentu*

ini antara perbualan aku dgn seorang mamat ni,,yang aku gelarkan kat sini sebagai mista sepet..kenapa mista sepet?? tak perlu la dipersoalakan..

mista sepet: "awak dah tengok tudung yuna yang terbaru?"
aku:"emm,,dah.kenape??"..
mista sepet:"cantik kan.."
aku:"ha,,,tudung yang macam terbus tu? cantik ke macam tu..bukan ke tudung macam tu menampakkan tengkuk dia"
mista sepet:"tak la...dia tutup dengan selendang la"
aku:"ya,,tapi still nampak tengkuk .."
mista sepet:"alah sikit je"
aku:"em,,entahla.."
malas sebenarnya nak bertegang lidah sebab benda macam ni
lepas tu mista sepet tanya aku lagi..

mista sepet:"kenapa awak tak pakai tudung macam tu?"
aku:"saya?? ish,,tak nak lah.."
mista sepet:"kalau saya jadi awak,,dah lama saya try fesyen tudung tu..dan fesyen-fesyen tudung zaman sekarang ni.."
*oh,,maksudnya aku ni tak ikut trend-trend tudung masa kini la..*..tak pe biarkan je lah..

pada pandangan aku mengenai tudung yuna tadi walaupun mista sepet kata yang yuna dah menutup tengkuknya menggunakan selendang,dan hanya nampak sikit jer tengkuk dia..tapi sedikit itu jugak dinamakan sebagai aurat..setiap dosa walaupun ia sekadar sebesar zarah,,tetap akan dihitung..

dan satu lagi aku nak tanya,adakah tudung yuna tu dah melepasi dada, kalau benar dah alhamdulillah..dan kalau tidak..em,,korang fikir lah sendiri..


bertudung ni biarlah ikhlas kerana Allah..bukan pakai semata-mata untuk berfesyen..-->pesanan buat  diriku sendiri yang dan juga insan-insan yang lalai..